Monday, July 16, 2012

Hebatnya Abah...

Hebatnya Abah sebab...

Abah adalah bekas komando Gerakkhas, pasukan elit ATM....

Tuesday, July 10, 2012

Camera oh camera

Hari ni dah 3 hari di Pulau Pinang...

Esok dah nak balik...

Tapi, tidak ada sekeping gambar pun yang saya ambil walaupun bawak kamera gajah...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 8, 2012

Moron?

"You're a moron if spend RM10 just for a cup of coffee", kata pensyarah saya dulu...

Dulu saya kisah...

Sekarang, saya dah jatuh hati dgn kopi sebenar...Wife saya juga sama...

Semenjak balik di Malaysia, susah nak cari kopi sebenar...




So, kesempatan ke Penang hari ni, masa tunggu flight di KLIA, saya melilau cari kopi...

Jumpa cafe ni, dan kopi dia juga sedap...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 21, 2012

Wednesday, June 20, 2012

Dinner

Semenjak dok sorang-sorang di KT, makan saya selalu di luar...Masalahnya, saya tak suka makan luar...Sebab tu kadang-kadang saya keluar makan agak lewat, pertama sebab pikir nak nakan di mana, kedua, saya suka keluar lepas berita...

Dinner saya malam ni; sup perut dan telur dadar...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sama ke Part II

Ni jawapan lecturer saya berkaitan dengan persoalan yang saya lontarkan dalam entry sebelum ini.
 
 
Harap-harap tu jawapan jujur beliau (sekarang dah Prof, dulu en. je....)

Sama ke?

Bila nak abis marking nih!!!!

Dok terpikir, adakah pensyarah saya dulu-dulu juga mengalami perasaan yang sama dengan saya sekarang ketika marking paper saya dulu.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
NAK MUNTAH HIJAU!!!....

Penghuni baru

Semalam, rumah bujang saya menerima tetamu baru...

sofa bed dan meja kopi...




Lepas ni, boleh ler golek-golek dengan selesanya sambil layan tv.....

Monday, June 18, 2012

First time konvoi di Malaysia...

Isnin lepas, pertama kali saya berkonvoi menggunakan superbike dengan bikers Malaysia...masa balik daripada berkursus di Grand Continental, KT, ketika betul-betul atas jambatan Sultan Mahmud, rakan biker call ajak ride...

Destinasi dia, Jabi, makan sate, sate paling famous di Terengganu, setaraf atau lebih sedap dari sate kajang..


Saya jumpa mereka di Shell Padang Nenas...ada dalam 3 buah bikes sedang menunggu...Catatan ni bukan nak cerita pasal sate Jabi, tapi gaya bikers di Malaysia...

Saya perhatikan, hanya saya yang memakai riding jaket dan knee protection, yang lain hanya memakai t-shirt...helloo..kita bukan bawa basikal, tapi motosikal yang berkuasa 1000cc....dan berat hampir 200kg...even, kalau jatuh statik pun boleh terkoyak kulit....apatah lagi time merempit 150-170km/jam...

Kedua, jalan ke Jabi memang saya familiar betul, maklum la, sebelum ke Oz, saya duduk di Saujana selama 6 tahun, yang terletak hampir 20km dr Jabi...so, memang saya tahu sangat kondisi jalan dan environment dia...banyak lembu, kambing dan lembu kaki pendek...tapi semasa melalui satu jalan lurus, saya jeling meter, mak oii....170km/jam...itu meter saya yang riding paling last...yang kat depan tu, tak tahu la berapa laju diorang pecut...

Ketiga, saya perasan, kawan-kawan saya ini memotong tak kira masa dan tempat...maksudnya, walau ada kereta datang dari depan dan jarak pun sudah dekat, mereka akan tetap memotong...saya pula, hanya akan memotong sekiranya selamat dan memang masih lagi membawa gaya Oz.....

Kesimpulannya...bikers Malaysia memang berani....tapi tak bertempat....saya berharap sangat, agar saya tak terikut-ikut dengan gaya mereka, dan masih lagi membawa gaya tunggangan Oz yang begitu berhemah, walaupun laju....

SAFETY FIRST....

Kenangan masa ride ke Dwellingup, Perth...

Lunch hari ini

Memandangkan cafe fakulti saya tutup, maka ini la lunch saya....
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
sedapkan!

Post-Exam...

Pagi-pagi lagi, check email, ada email drpd sorang student, tak puas hati sebab markah mid-term dia rendah sangat...so, dia minta saya semak sekali lagi...

Lepas saya tengok-tengok jawapan student tu, memang teruk...Pada firasat saya la, berdasarkan jawapan dia, saya rasa bukan makin elok, tapi mungkin student tu dapat lagi teruk...

Tapi, to be fair kepada student tu, saya akan minta bantuan pensyarah lain untuk tolong semak...

Sunday, June 17, 2012

Macam-macam...

Tengah-tengah syok marking, terjumpa nota ni dlm skrip jawapan student....

alahai....




Saturday, June 9, 2012

Bandar KT

Bandar KT.
Diambil ketika cycling minggu lepas. Gambar ni diambil dari Jambatan Sultan Mahmud.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 8, 2012

Exam

Petang ni jaga exam lagi...harap tiada student yang kentut lagi...




- Posted using BlogPress from my iPhone

Hadiah birthday

Hadiah birthday utk isteri...kebetulan samsung keluarkan model limited edition kaler pink...memang sesuai sangat dengan orang perempuan.




......syyyyhhhhhh....wife tak tahu lagi ni.....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sarapan

Selera Timur, antara restoran glamer di KT.

Memandangkan kena jaga exam petang ni (3-6pm...huh...), so saya tak balik kampung...

Pagi ni, saya ke sini bersama rakan untuk bersarapan...

Cuma, perlu diingatkan, nasi dagang sini adalah versi kelantan, kuah kuning...




- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 7, 2012

Kentut

Hari ni saya jadi pengawas peperiksaan...

Cuba you all imagine, dewan peperiksaan yang senyap sunyi tetiba digegarkan dengan bunyi kentut...

Itu la yang berlaku hari ini...ada pelajar yang kentut, satu dewan boleh dengar...ha...ha...ha...

Stress kot...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 5, 2012

Kenduri kahwin kenduri arwah

Sebelum ni beberapa kali terbaca dlm paper berkenaan kenduri kahwin bertukar menjadi kenduri arwah...

Hari ni, benda sama berlaku dalam keluarga sendiri. Kenduri kahwin yang sepatutnya meraikan sepupu wife menjadi kenduri arwah kerana ibu pengantin meninggal malam isnin lepas.

Memang sedih...dalam sibuk menyiapkan kelengkapan untuk kenduri, beliau sesak nafas akibat lelah. Malam kejadian, saya dan wife antara orang luar paling awal yg tiba kerana berkebetulan kami ke rumah pengantin untuk menjempuk ibu wife. Malah, saya sempat menyaksikan detik-detik akhir beliau yang dikelilingi oleh suami dan anak-anak beliau.




Splash

Baru saya tahu, rupanya KB juga ada waterpark. Terletak bersebelahan dengan Pejabat Kerajaan Negeri. Jadi, hari ni saya bawa long dan ngah ke situ.
Tempat tak le segah Gambang Waterpark, tapi ok la...berpadanan dengan tiket, RM2 untuk kanak-kanak.








Monday, June 4, 2012

Masalah dengan BlogPress

Tension saya, tak tahu kenapa BlogPress ni tak boleh nak publish blog dgn gambar. Dan beberapa kali cuba, tak jadi. Nak kena cari solution dgn pakcik google nanti.


- Posted using BlogPress from my iPhone