Tuesday, June 5, 2012

Kenduri kahwin kenduri arwah

Sebelum ni beberapa kali terbaca dlm paper berkenaan kenduri kahwin bertukar menjadi kenduri arwah...

Hari ni, benda sama berlaku dalam keluarga sendiri. Kenduri kahwin yang sepatutnya meraikan sepupu wife menjadi kenduri arwah kerana ibu pengantin meninggal malam isnin lepas.

Memang sedih...dalam sibuk menyiapkan kelengkapan untuk kenduri, beliau sesak nafas akibat lelah. Malam kejadian, saya dan wife antara orang luar paling awal yg tiba kerana berkebetulan kami ke rumah pengantin untuk menjempuk ibu wife. Malah, saya sempat menyaksikan detik-detik akhir beliau yang dikelilingi oleh suami dan anak-anak beliau.




No comments: