Friday, November 4, 2011

Best ker?

Tak sangka la pula tempat tinggal saya sekarang ini adalah tempat paling "best" di dunia...Bukan saya cakap tapi United Nation. UN Environmental Program menganugerahkan tempat tinggal saya "Joondalup" (baca Jun-de-lap) sebagai salah satu tempat terbaik di dunia untuk menetap...tak percaya?, tengok keratan akhbar di bawah....


Memang tak boleh dinafikan...kualiti hidup di sini memang "terbaik"....sepanjang jalan disediakan laluan pejalan kaki dan basikal, setiap taman perumahan mempunyai padang rekreasi dan padang sukan yang rumputnya cantik seakan-akan rumput padang golf, ada dewan sendiri dan taman perumahan yang bersih...walaubagaimanapun, saya tetap rindukan Malaysia...

Walaupun Malaysia tidak menang apa-apa anugerah, bagi saya, tiada tempat sebaik Malaysia...saya rindukan pasar malam, kedai makan tutup agak lewat, boleh ber"window shopping" sampai tengah malam...saya rindukan ICT (ikan celup tepung) yang begitu glamer di tempat kerja saya (Terengganu), tiada rasa bimbang apabila ingin berjalan jauh sebab kedai makan ada di mana-mana...dan banyak lagi la kalau nak disenaraikan...

Memang betul la orang tua punya bidalan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri......

2 comments:

marinahunny said...

jauh berjalan luas pemandangan, berada di tempat org itu satu pengalaman yg indah..w/pun, kg halaman tetap di hati ;)

Anonymous said...

Tang tutup kedai terlalu awal dan sunday semua seperti mati di WA tu yg buat tak tahan. Malaysia best la kedai tutup lewat, tp ada yg tak baiknya jugak bab lain, peragut ramai kalau sekitar lembah kelang,kedai makan banyak tp banyak juga yang agak kotor dapur mereka,'law' di msia pula longgar takde yg memantau, kalau ada yg kena saman, hulur sikit2,boleh beroperasi semula. Memandu kereta agak bahaya sbb semua speeding,tak beri signal, tak beri laluan dan byk samseng jalanan. Itu lah setakat ni saya lalui semenjak pulang. But all and all , it's nice to be back, air kita banyak dan murah, tidak lah kering spt WA,things here r affordable dan shopping best! :D