Thursday, November 3, 2011

Melbourne 2

Ini antara sebahagian gambar yang saya ambil sepanjang di Melbourne tempoh hari. Saya kurang mengambil gambar sebenarnya memandangkan terlalu letih kerana terpaksa mengiringi pegawai utama UMT sepanjang di Melbourne. Saya hanya berkesempatan merayau sendiri pada hari pertama dan terakhir sahaja.










Bagi saya, Melbourne terlalu meriah dan besar berbanding dengan Perth. Bandarnya hidup sampai ke tengah malam. Malam pertama, saya merayau seorang diri sehingga hampir 11 malam dan saya dapati masih terdapat ramai orang di tengah-tengah bandar. Melbourne juga agak kelam kabut dan kotor berbanding dengan Perth. Bagi mereka yang berduit, sini adalah syurga kerana terlalu banyak kedai terutama yang berkonsep factory outlet.

2 comments:

Dr Singa said...

cantikkkkkk gambarrrrrrr!!!!

nazli said...

Ingat dah tak ada org baca sbb lama tak update...byk lg sebenarnya gambar melbourne, cuma masa sahaja yang tak ada nak upload.