Showing posts with label Bike. Show all posts
Showing posts with label Bike. Show all posts

Sunday, February 1, 2015

Kayuh sekeluarga

Masa di Perth
Saya selalu tengok orang putih berbasikal satu keluarga
Ayah, ibu dan anak-anak...
Saya berangan nak buat perkara yang sama
Alhamdulillah,
23 Januari 2015 saya berbasikal satu keluarga...
Cumanya, di Malaysia agak bahaya kerana;
Tiada laluan khusus untuk basikal dan pejalan kaki
Dan sesetengah jalan tiada kaki lima
Jadi saya hanya berdoa agar tiada kenderaan melanggar kami...

Achik dan Baby siap boleh tido dlm child seat masa nak balik...

Thursday, January 29, 2015

Ride santai...

Pertama kali pada 16 Jan 2015
Saya dapat berbasikal bertiga
Saya, long dan ngah
Agak jauh kami pergi
Niat di hati nak berbasikal sampai stadium runtuh
Tapi sbb ngah dah semput
Sampai di penghujung airport KT sahaja
 
Peace yoo...

Kita mandi dulu sebelum balik
 
 

Monday, June 18, 2012

First time konvoi di Malaysia...

Isnin lepas, pertama kali saya berkonvoi menggunakan superbike dengan bikers Malaysia...masa balik daripada berkursus di Grand Continental, KT, ketika betul-betul atas jambatan Sultan Mahmud, rakan biker call ajak ride...

Destinasi dia, Jabi, makan sate, sate paling famous di Terengganu, setaraf atau lebih sedap dari sate kajang..


Saya jumpa mereka di Shell Padang Nenas...ada dalam 3 buah bikes sedang menunggu...Catatan ni bukan nak cerita pasal sate Jabi, tapi gaya bikers di Malaysia...

Saya perhatikan, hanya saya yang memakai riding jaket dan knee protection, yang lain hanya memakai t-shirt...helloo..kita bukan bawa basikal, tapi motosikal yang berkuasa 1000cc....dan berat hampir 200kg...even, kalau jatuh statik pun boleh terkoyak kulit....apatah lagi time merempit 150-170km/jam...

Kedua, jalan ke Jabi memang saya familiar betul, maklum la, sebelum ke Oz, saya duduk di Saujana selama 6 tahun, yang terletak hampir 20km dr Jabi...so, memang saya tahu sangat kondisi jalan dan environment dia...banyak lembu, kambing dan lembu kaki pendek...tapi semasa melalui satu jalan lurus, saya jeling meter, mak oii....170km/jam...itu meter saya yang riding paling last...yang kat depan tu, tak tahu la berapa laju diorang pecut...

Ketiga, saya perasan, kawan-kawan saya ini memotong tak kira masa dan tempat...maksudnya, walau ada kereta datang dari depan dan jarak pun sudah dekat, mereka akan tetap memotong...saya pula, hanya akan memotong sekiranya selamat dan memang masih lagi membawa gaya Oz.....

Kesimpulannya...bikers Malaysia memang berani....tapi tak bertempat....saya berharap sangat, agar saya tak terikut-ikut dengan gaya mereka, dan masih lagi membawa gaya tunggangan Oz yang begitu berhemah, walaupun laju....

SAFETY FIRST....

Kenangan masa ride ke Dwellingup, Perth...