Tuesday, May 24, 2011

Soal Jawab dengan Pendakwah Kristian: Siri 1

Hari ini seharian bersih rumah sebab agen nak datang periksa esok...

Kat sini agen akan datang dalam 2-3 bulan sekali periksa keadaan rumah. Jadi, setiap kali agen nak datang, sibuk bersihkan rumah macam nak sambut raya puasa.

Kali ini saya bukan nak bercerita pasal bersihkan rumah, tapi pasal soal-jawab saya dengan pendakwah kristian...

Rumah saya ni sebenarnya selalu sangat didatangi pendakwah kristian, sejak dari awal duduk di sini lagi...Masa awal-awal dulu, kalau mereka datang, biasanya saya tak layan sangat...sekadar ambik risalah yang diberi dan masuk tong sampah...

Tapi tahun lepas, yang datang dua orang perempuan berusia, sebelum ni orang lelaki muda siap berkot...Entah macam mana, sempat berborak kejap...dalam berborak tu, saya minta senaskah bible yang mempunyai tafsir bahasa melayu...saya bagi alasan, kat Malaysia susah nak dapat sebab diharamkan..

Lama kemudian, ketika saya di uni, mereka datang lagi serahkan bible tapi yang berbahasa inggeris kepada isteri...Yang bahasa melayu katanya tengah tempah...

Hari ni, setelah lama tak datang, mereka datang lagi, juga berdua...yang seorang tu, saya biasa jumpa, tapi yang seorang lagi tu biasa jumpa dengan isteri saya...

Selalunya, isteri saya akan ada bersama, tapi kali ni, isteri saya duduk di dalam rumah sahaja...dan untuk pengetahuan, biasanya setiap pertemuan hanya diadakan di depan pintu rumah saya sahaja...Mereka berada di luar dan saya di dalam...

Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai soal jawab tersebut, perlu diingatkan bahawa, ia lebih kepada diskusi ilmiah, dan tidak melibatkan perdebatan dan ia sebenarnya lebih berbentuk sehala sebab saya yang banyak bertanyakan soalan.

Perlu diingat juga, soalan-soalan yang saya tanya lebih berdasarkan logik akal, memandangkan saya tidak lah pakar mana bab-bab agama ni...kecuali isteri saya sebab dia ustazah...tapi kali ni, saya rasa seronok isteri saya tiada sebabnya, kalau ikut pengalaman-pengalaman lepas, isteri saya ni jenis "gelojoh" tanya soalan dan suka tanya soalan berbentuk provokatif...Lagi pun, kali ini isteri saya tak "join" sebab katanya, kurang fasih berbahasa inggeris...kalau fasih, katanya, dah berdebat dah...

Satu lagi, apa yang saya tulis di bawah ni sudah tidak mengikut aturan soalan yang saya tanya sebab saya dah tak ingat mana yang saya tanya dahulu dan mana kemudian dan ia juga berdasarkan apa yang saya ingat memandangkan semasa perbincangan tiada catatan dibuat. Jadi mungkin ada yang saya terlupa atau saya tambah. Kalau yang saya tambah, sekadar untuk menjadikan ia senang difahami oleh pembaca.

Perbincangan dimulakan oleh pendakwah yang bertanya khabar Dalia, ahli keluarga baru saya...

Pendakwah (merujuk kedua-dua pendakwah, mereka berselang seli menjawab atau bercakap): Maaf saya tak dapat nak beri bible versi bahasa Melayu sebab ia tidak dicetak dalam bahasa melayu malaysia kerana kurang permintaan. Lagipun, Malaysia melarang agama kristian. Kalau bahasa Indonesia ada la...

Saya: Ok, tak apa...tapi bahasa indonesia punya saya nak buat apa sebab tulisan-tulisan indonesia ni kadang-kadang berbelit-belit...saya pun tak faham...lagi pun, ada perkataan-perkataan yang tidak sama dengan Malaysia...saya bimbang tersilap tafsir nanti...(nota: seteruk-teruk malaysia, teruk lagi indonesia rupanya...siap bible boleh dicetak dengan senang dan banyak pula tu)...

Pendakwah: anda dah baca ke buku yang kami beri dahulu...

Untuk pengetahuan, pendakwah-pendakwah ni ada memberi satu buku bersaiz dan hampir sama ketebalannya dengan majalah mastika ketika pertama kali datang dulu...ia merupakan ringkasan kepada bible...

Saya: belum lagi sebab tiada masa la memandangkan sibuk belajar...isteri saya tak tahu la kot-kot dia baca...(saya memang tak baca pun...dan setahu saya, isteri saya pun tak baca...)

Pendakwah: oh...anda belajar apa ya...

Saya: Phd dalam perakaunan...

Pendakwah: emm..bagaimana dengan bible yang kami beri dahulu...sudah baca...

Saya: ada juga saya belek-belek dan baca sepintas lalu...

Untuk pengetahuan, saya tak pernah pun tengok bible sebelum ini, jadi masa terima pertama kali tu, saya asyik belek-belek sebab nak bandingkan dengan al-quran..tapi kejap je la...tafsir al-quran pun tak abis baca, inikan pula nak baca bible...buang tebiat apa...

Saya: seperti yang anda tahu, saya ni muslim (pertemuan pertama dulu saya dah maklumkan), dan kami mengikuti apa yang quran kata...begitu juga dengan pemerhatian saya kepada kawan-kawan saya, mereka mengikuti dan melakukan apa yang disuruh quran...tapi jangan salah faham, saya hanya merujuk kepada rakan-rakan saya, dan bukan membuat kesimpulan kepada keseluruhan orang muslim..

Pendakwah: bagus tu...(ni saya tambah sebab lupa dah respond mereka...tapi lebih kurang la....)

Saya: dan seperti yang anda tahu, di malaysia kristian tidak boleh disebarkan dikalangan orang muslim...jadi ini benda baru bagi saya...dan sebab ini benda baru, maka saya mempunyai banyak persoalan sebenarnya...

Pendakwah: kami tak kisah kalau anda ingin bertanya macam-macam...

Saya: bagi saya, bila anda membawa kristian kepada saya dan ia benda baru kepada saya, tentu saya akan memerhatikan penganut-penganut kristian di sini dan membuat perbandingan...saya dapati, walaupun mereka cakap mereka beragama kristian, tapi mereka sebenarnya tak mengikut apa yang bible cakap...ini sebenarnya memberikan satu persepsi negatif kepada orang yang anda hendak dakwah, contohnya macam saya...

Pendakwah: ohh...mereka tu tak baca bible sebenarnya...mereka sekadar ke gereja dan mendengar ceramah sahaja...

Saya: emm...ok...bagaimana pula dengan perihal tudung...setahu saya, dalam bible ada cakap orang perempuan kena pakai tudung, malah, kalau tak pakai tudung lebih baik botakkan kepala (sambil saya mengambil bible dan tunjukkan ayat dalam bible berkenaan perkara tersebut)...

Masa ini, saya nampak salah seorang pendakwah yang bernama Jenice tidak selesa dan macam teragak-agak untuk menjawab, maklum la mereka tidak bertudung...tetapi rakannya pantas membalas..saya kira, rakan kepada Jenice lebih memahami bible...Ini boleh dilihat sepanjang soal-jawab ini, beliau lebih banyak menyokong jawapannya dengan merujuk kepada ayat-ayat di dalam bible....

Pendakwah: oo..itu sebenarnya hanya merujuk kepada ketua@sister@imam yang sedang mengetuai sembahyang (sambil merujuk kepada bible)...tudung tu sekadar simbol hormat kepada ketua...

Bila saya rujuk ayat dlm bible tu balik, betul la, tudung hanya utk mereka-mereka yang jadi ketua sahaja...Dalam hati saya, hanya sister aja la yang dapat pahala kot..kalau anda perasan, sebab tu hanya sister sahaja yang pakai tudung....

Saya: Bagaimana dengan patung jesus? Macam mana anda tahu rupa jesus sedangkan zaman tu mana ada kamera? sama juga dengan simbol salib?

Pendakwah: kami Jehovah tak sembah patung jesus dan tak memakai simbol salib....kami tak percaya pada benda-benda tu...malah kami memang tidak memakai rantai bersimbol salib seperti kumpulan lain...

Penerangan pendakwah tu tentang bagaimana nabi isa disalib, sama dengan apa yang quran ceritakan....untuk pengetahuan, pendakwah ni dari kumpulan Jehovah...saya tahu wujudnya kumpulan ini ketika berada di sini la. Sebelum ni saya hanya tahu tentang katolik dan protestan..

Untuk pengetahuan semua, Jehovah ini tidak "sebulu" dengan katolik dan protestan...malah banyak benda yang diamalkan oleh katolik dan protestan tidak diamalkan oleh mereka...Mereka "claim" mereka lebih "benar" dan mengamalkan bible sepenuhnya berbanding yang dua tu....

Pendakwah: dalam bible sebenarnya dah cakap tidak boleh melukis atau menggambarkan wajah jesus...kalau buat, bimbang ada yang menyembah patung lebih daripada menyembah tuhan seperti mana berlaku sekarang ini...

Saya: ini sama seperti Islam yang tidak boleh menggambarkan wajah-wajah nabi...

Saya: Habis tu, kenapa tiada yang bersuara tentang benda ini? Kenapa paderi-paderi tidak bersuara tentang ini?

Pendakwah: ini lah masalahnya apabila banyak penganut kristian tidak membaca bible...mereka tu sebenarnya telah disesatkan...malah paderi-paderi yang tahu juga tidak mendapat hidayah untuk mendedahkannya...

Pendakwah ini kemudian menunjukkan satu ayat di dalam bible berkenaan orang-orang sesat yang tidak mendapat hidayah...

Saya: Dalam quran, terang-terang mengharamkan arak....begitu juga dengan bible...tapi kenapa ramai penganut kristian minum arak sampai mabuk?

Sekali lagi si Jenice nampak macam tak boleh nak jawab...boleh nampak mukanya sedikit gelisah dan pucat...dan sekali lagi kawan dia tolong jawabkan...kata kawanya...

Pendakwah: ooo...dalam bible mengharamkan kalau minum sampai mabuk...tapi bible tak la mengharamkan sepenuhnya. Kalau minum sedikit tak apa...lagi pun dalam bible ada menceritakan khasiat arak iaitu boleh mengubat penyakit kalau ambil sedikit...

Saya: emm....dalam quran mengharamkan arak sebab kesan negatif dia lagi besar....bila mabuk...macam-macam boleh jadi...

Pendakwah: sebab itu kita minum jangan sampai mabuk...

Saya dalam hati cakap, kalau benda sedap, mana mungkin orang minum sedikit...kena pula yang ada unsur ketagih...macam rokok la juga...

Saya: Bagaimana dengan pembunuhan penganut agama lain? Setahu saya, dalam bible jelas mengatakan agama lain wajib dibunuh....

Sekali lagi muka Jenice nampak serba salah...mungkin tak sangka saya bertanya soalan ni dan banyak tanya kot...tak macam sebelum ini yang saya sekadar mengambil risalah dan cakap "thank you" sebelum tutup pintu.

Pendakwah: ooooo...itu dalam old testament...memang dalam old testament ada menyatakan penganut agama lain wajib dibunuh...tapi dalam new testament, Jehovah dah ubah kepada pendekatan lebih baik...benda tu dah dibuang...

Saya dalam hati, boleh pulak main buang-buang...tapi tak tanya la...

Saya: Habis tu bible yang saya dapat ni tak original la?

Pendakwah: tak, tu dah original la tu...dalam tu ada dua bahagian...yang pertama: old testament dan bahagian kedua new testament..

Saya: apa beza dua tu?

Pendakwah: Yang old testament tu tentang zaman-zaman sebelum jesus dilahirkan...manakala new testament tu zaman jesus sehingga akan datang..

Sebelum ni, mati-mati saya ingat new testament tu "replace" old testament...rupa-rupanya ia berkesinambungan...

Nak tahu sama ada Jesus dah diturunkan ke bumi ke tidak dan bila kiamat, tunggu posting akan datang...saya dah mengantuk dah ni....

2 comments:

Anonymous said...

ha ah lah...
saya dah search jap tadi..
jehovah witness ni memang terkenal menyebarkan fahaman mereka dari rumah ke rumah..

mereka ni juga mereject blood transfusion sebagai treatment

nazli said...

mereka ni mmg rajin. Selalu sangat dah datang rumah saya. Baru-baru ni je saja-saja nak bersoal jawab.