Tuesday, May 24, 2011

Selamat Harijadi Ma

Hari ni, pagi-pagi dah tunggu agen datang periksa rumah...

Agen datang dalam pukul 11.00am, pemeriksaan hari ni ok, tiada komen. Dia puas hati rumah dijaga dengan baik.

Hari ini sebenarnya saya buat kejutan untuk ma saya....kejutan yang tak menjadi, sebab ngah...

Hari ni harijadi ma saya, jadi dah berpakat dengan isteri nak sambut sebab tak pernah-pernah sambut. Lagi pun dia ada kat Oz ni.

So, tengahari semalam pergi ke kedai kek yang kami pernah beli dulu. Orang kata halal. Semalam, saya dan isteri periksa kandungan kek. Banyak benda yang meragukan, terutama "emulsifier" yang digunakan. Jadi tak jadi beli.

Saya suruh isteri buat kek, tambahan pula dia tengah belajar buat cheese kek. Isteri buat semalam setelah ma saya tidur. Nak buat kejutan katakan.

Tengahari tadi, selepas agen selesai periksa rumah, saya ke pasaraya hyper, beli hadiah. Pakat dengan isteri nak sambut bila long balik dari sekolah.

Masa ambil long, ngah ikut sekali. Dalam perjalanan balik rumah, dah bagi tahu mereka, masuk je rumah, pekik kuat-kuat cakap, happy birthday tok ma.

Jadi, sampai sahaja di rumah mereka memang betul-betul memekik. Gelak ma saya.

Masa ni, ma saya tak tahu lagi ada kek dan hadiah. Bila ma saya pergi sembahyang asar, saya dan isteri buat persiapan ala kadar, keluarkan kek dan hadiah. Masa ni la ngah bocorkan rahsia...

Bila dia nampak sahaja kek, terus dia berlari ke bilik tidur ma dan dengan kuat bagi tahu ada kek birthday untuk tok ma dan juga hadiah...memang hampeh...

Apa pun ma saya nampak gembira.

Cheese kek buat sendiri, best
Posing sebelum potong kek
Hadiah mangkuk corelle...


Nota: siri 2 soal jawab dengan pendakwah kristian akan disambung bila saya tak pening kepala...

2 comments:

Dr Singa said...

kim salam selamat hari jadi ke Tok Ma
:)

nazli said...

tok ma masih lg tersenyum dapat korel...