Saturday, May 21, 2011

Naik feri

Hari ni bawa ma, long dan ngah naik feri ke Fremantle.

Dari bandar Perth ke Fremantle, perjalanan dalam 1jam 15minit.

Kami sampai di jeti feri ngam-ngam masa feri nak bertolak, 9.45pagi. Kalau tak kena tunggu feri berikutnya pukul 11.45pagi.

Mula-mula pergi ke tingkat atas feri, kawasan terbuka, dah penuh. Jadi turun ke dalam feri, duduk betul-betul depan kaunter buat air dekat meja paling depan.

Kami minum kopi percuma yang diberi semasa pelayaran. Selepas kapal bertolak dalam 15minit, saya tengok ada orang yang keluar ke depan ikut pintu yang dekat dengan meja saya.

Saya jenguk, rupanya ada ruang untuk lepak di luar. Di luar lagi best daripada duduk dalam perut feri. Jadi, saya ajak ma dan anak-anak duduk di luar sebab boleh tengok pemandangan lagi jelas sepanjang perjalanan.

Berlatarbelakang bandar Perth
Kami duduk di luar sepanjang perjalanan walaupun cuaca agak sejuk ditambah dengan tiupan angin.



Ngah begitu teruja...

Budak dua orang ni aktif sungguh...berlari-lari atas dek feri...

Sempat intai kapten kapal...
Rasanya, seingat saya, kali terakhir naik kapal bersama ibubapa adalah masa saya kecil tak tahu umur berapa, di Kem Gerakkhas. Rasanya masa hari jadi Kor...tu pun naik kapal tentera...


Antara pemandangan sepanjang sungai...
 Dalam pukul 11 pagi, kami sampai di Fremantle.

Pelabuhan Perth di Fremantle
Kami bertuah, terutamanya ma saya sebab semasa tiba di Pelabuhan Fremantle, feri yang kami naiki diiringi oleh beberapa ekor ikan lumba-lumba. Jadi, dapat la ma melihat ikan lumba-lumba secara dekat dan "live". Sebelum ni, saya dan anak-anak tengok ikan lumba-lumba "live" di Bunbury (lebih 2 jam perjalanan) dan kena bayar. Ni tengok "free".

E-Shed Market
 E-Shed market tu terletak bersebelahan jeti feri. Ia kedai menjual cenderamata. Dalam tu ada gerai-gerai kecil macam CM kat Kuala Lumpur. Kami tak membeli pun sebab dan datang sebelum ni dengan kereta.

Hari ni sekadar nak merayau ke Fremantle dengan feri. Sampai je, kami terus pergi ke stesyen keretapi untuk pulang ke bandar Perth.


Stesyen keretapi Fremantle
Di Perth, kami sekadar merayau-rayau disekitar kawasan dekat dengan Meyer.





Sempat juga tengok "busker" sebelum balik rumah.

2 comments:

Anonymous said...

lhor..
kesian baby dan Ummi tinggal kat rumah!!!
:)

nazli said...

nak buat macammana....terpaksa tinggal..