Masa bertolak, ketiga-tiga anak saya duduk di belakang...Baru masuk "freeway", Dalia menangis, jadi saya berhenti di lorong kecemasan, tukar posisi kedudukan...mak saya duduk di belakang, abang Long duduk di depan...
Mula-mula pergi ke kedai gambar nak buat gambar passport Dalia...Masa nak ambil gambar, tokey kedai cakap kena bagi Dalia buka mata...puas pujuk tak mau bangun...asyik tidur...sapu air pun tak jalan juga...akhir sekali, mak saya geletek, baru buka mata...tu pun tak sepenuhnya...
Pertama kali Dalia keluar berjalan-jalan |
Selesai bergambar, kami berjalan kaki ke Konsulat Malaysia. Dekat sahaja...dalam 5 minit dari kedai gambar.
Selesai serahkan borang pendaftaran kelahiran, kena jumpa timbalan konsulat di Perth utk pengesahan dokumen. Pegawai ni agak berumur dan peramah. Macam-macam yang diboraknya, semuanya ada unsur jenaka. Lama di konsulat bukan sebab uruskan pendaftaran kelahiran, tapi sebab berborak.
Selesai urusan, kami terus balik rumah.
Petangnya, saya membawa mak saya berjogging di Taman Burung. Abang Long dan abang Ngah bermain skuter.
Puas berskuter, main playground pula |
intai apa tu? |
No comments:
Post a Comment