Hari selasa lepas, saya, abang Long & abang Ngah pergi ke bandar Perth. Tujuannya, nak ambil borang pendaftaran kelahiran Dalia di Konsulat Malaysia.
Kami pergi dengan keretapi. Sejak di Malaysia lagi, saya memang suka menggunakan pengangkutan awam kalau ke bandar. Masa belajar di UIA, saya sudah berkereta, tetapi setiap kali ingin ke bandar Kuala Lumpur, saya lebih selesa menggunakan Putra LRT. Kebiasaannya, kereta saya letak di stesyen LRT Gombak.
Sekarang ni pun, anak-anak saya juga suka naik keretapi, lagi pun tambangnya murah. Di sini, terdapat tambang istimewa untuk keluarga, yang mengandungi 7 orang (5 konsesni, 2 standard). Konsensi merujuk kepada pelajar termasuk pelajar universiti, kanak-kanak, orang tua. Tiketnya cuma AUD9 untuk tempoh 24 jam ke mana-mana, pergi-balik. Memang menjimatkan. Bila agaknya Malaysia nak buat macam ni.
|
Gembira sungguh dapat naik keretapi |
Alang-alang nak pergi ke Konsulat, kami ambil kesempatan merayau-rayau di bandar Perth. Lagi pun lama dah tak bawa mereka berjalan-jalan. Di bawah adalah gambar sepanjang kami merayau-rayau di bandar Perth.
|
Di bandar Perth |
|
Tengok apa tu? |
|
Bila agaknya dapat naik bas merah tu? |
|
Jam ikon bandar Perth |
|
Depan Konsulat Malaysia |
|
Council House |
|
Bersama ikon Australia |
|
Dahaga dah tu... |
|
Bandar Perth ni dipenuhi patung gangsa.. |
|
Captain Stirling |
|
Dapat juga minum air |
No comments:
Post a Comment