Sunday, May 1, 2011

Orang Baru

Lama sungguh saya tidak berblog...sibuk sikit dengan kerja...


Untuk makluman pembaca blog ini, pada 6 April 2011 yang lalu, saya telah menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga saya.


Alhamdulillah, dapat juga saya anak perempuan. Nama...ia mengambil masa sedikit bagi saya memikirkan nama yang hendak diberi. Isteri mahukan nama "Iqleema", manakala saya nak cari nama yang bermula dengan huruf "D" agar seragam dengan anak-anak lain.


Beberapa hari juga saya cari di dalam internet...akhirnya, kami sepakat memberikan nama "Iqleema Dalia" kepada anak perempuan kedua kami.


"Iqleema" mengikut isteri saya nama anak nabi Adam. a.s., makala "Dalia" dalam bahasa arab bermaksud, "bunga Dahlia" dan juga "sopan-santun".


Harapnya, anak perempuan kami ni bersifat seperti namanya.


Yang bestnya, ibubapa saya sampai pagi yang sama ketika Dalia dilahirkan. Isteri saya sebenarnya dijangka bersalin melalui pembedahan pada 28 April 2011, tetapi sehari sebelum Dalia dilahirkan, isteri saya telah pun dimasukkan ke hospital sebab turun darah.


Pagi 6 April tu, dalam pukul 7.00 pagi saya berada di lapangan terbang Perth menjemput ibubapa saya. Mak dan ayah saya datang bersama-sama pakcik saya dan isterinya. Ketika saya baru nak "start" enjin kereta untuk bertolak balik, isteri saya telefon bagi tau dia dah nak bersalin.

Panik la kejap sebab masa tu kat lapangan terbang. Mula-mula saya fikir nak terus ke hospital, dan menyuruh rakan saya tengok-tengokkan abang long dan baby di rumah. Tapi masalahnya, rumah tu berkunci dan hanya saya yang ada kunci. Sebelum tu, saya memang dah pesan ke abang Long supaya duduk rumah diam-diam sampai saya balik.

Nak tak nak, kena la saya balik rumah dulu hantar ibubapa saya. Jarak rumah saya adalah dalam 45 minit. Kalau kat Malaysia, memang saya dah pecut dah. Daripada rumah, saya terus ke hospital, sampai di hospital dalam pukul 8.30pg. Masa tu, jururawat dah tak bagi masuk sbb dia cakap, isteri tengah dibedah...so tunggu la kat luar sorang-sorang.

Dalam pukul 9.30, baru doktor beritahu, isteri saya dah ada di wad.


Nota kaki: Anak perempuan sulung kami meninggal semasa dilahirkan tahun 2002. Al-fatihah untuk beliau.










No comments: