Monday, February 28, 2011

Lawatan keluarga Malaysia

Hari Kedua Wife saya bawa mak dan adik dia ke factory outlet, Harbour Town untuk bershopping. Saya tinggalkan aje mereka disitu sebab perlu membantu rakan yang baru datang untuk berpindah rumah.

Hari Ketiga
Hari ketiga kami pergi ke bandar Perth dan Fremantle. Rancangan asal nak pergi terus ke Fremantle, tetapi ketika sampai di stesyen keretapi, perkhidmatan keretapi tergendala untuk dua hari kerana urusan penyelenggaraan. Terpaksa la naik bas yang disediakan. 2 bas perlu kami naik sebelum sampai ke Perth. Walaupun perjalanan menggunakan bas agak lambat, yang bagusnya, bas-bas tersebut melalui kawasan perumahan, jadi boleh la mak mertua dan adik ipar saya melihat suasana di sini. Sampai di Perth, kami pusing-pusing dulu bandar Perth. Kalau ikut rancangan, esok baru melawat bandar Perth. Selepas puas bergambar, kami pergi ke Fremantle menggunakan keretapi untuk membeli cenderahati.




Hari Keempat
Hari keempat hanya pergi ke shopping mall yang 5 minit sahaja drp rumah saya. Sebabnya, semua dah letih gara-gara terpaksa naik 4 bas (pergi-balik) semalam. Itu pun pergi ke shopping mall dalam pukul 3 petang.

Hari Kelima
Hari ni hari terakhir. Jadi saya membawa ke tempat wajib kalau datang Perth, iaitu melawat Caversham, taman haiwan liar. Tumpuan utama tentunya kanggaroo yang jinak dan koala. Sengaja saya pilih hari isnin untuk melawat ke sini sebab hari ni abang Long dan baby bersekolah, jadi muat la kami nak pergi dengan kereta.

Kanggaroo yang jinak

Koala yang boleh di sentuh
Kemudian kami pergi pula ke ladang anggur berdekatan. Tujuannya nak petik anggur, tapi tempat yang biasa saya pergi tutup. Dalam perjalanan balik, saya berhenti di ladang anggur lain sekadar untuk mengambil gambar. Kebetulan pula, ladang anggur tersebut ada pokok pear.



Petangnya, saya membawa mereka melihat suasana senja di Pantai Mullaloo bersama abang Long dan Baby. Abang Long dan Baby la paling suka sebab boleh main pasir lagi.

Belah kanan gambar tu mereka la tu

No comments: