Dari bandar Perth ke Fremantle, perjalanan dalam 1jam 15minit.
Kami sampai di jeti feri ngam-ngam masa feri nak bertolak, 9.45pagi. Kalau tak kena tunggu feri berikutnya pukul 11.45pagi.
Mula-mula pergi ke tingkat atas feri, kawasan terbuka, dah penuh. Jadi turun ke dalam feri, duduk betul-betul depan kaunter buat air dekat meja paling depan.
Kami minum kopi percuma yang diberi semasa pelayaran. Selepas kapal bertolak dalam 15minit, saya tengok ada orang yang keluar ke depan ikut pintu yang dekat dengan meja saya.
Saya jenguk, rupanya ada ruang untuk lepak di luar. Di luar lagi best daripada duduk dalam perut feri. Jadi, saya ajak ma dan anak-anak duduk di luar sebab boleh tengok pemandangan lagi jelas sepanjang perjalanan.
Berlatarbelakang bandar Perth |
Ngah begitu teruja... |
Budak dua orang ni aktif sungguh...berlari-lari atas dek feri... |
Sempat intai kapten kapal... |
Antara pemandangan sepanjang sungai... |
Pelabuhan Perth di Fremantle |
E-Shed Market |
Hari ni sekadar nak merayau ke Fremantle dengan feri. Sampai je, kami terus pergi ke stesyen keretapi untuk pulang ke bandar Perth.
Stesyen keretapi Fremantle |
Sempat juga tengok "busker" sebelum balik rumah.
2 comments:
lhor..
kesian baby dan Ummi tinggal kat rumah!!!
:)
nak buat macammana....terpaksa tinggal..
Post a Comment