Long dan Ngah HILANG!!!!
Semalam, isteri saya ada jemputan minum teh di kelas Ngah pukul 1.30tgh. Dalam pukul 3.00 saya pergi ke sekolah. Saya lihat, isteri dan Ngah dah ada depan kelas Long.
Bila loceng berbunyi, Long keluar dan terus beri fail dan botol air dia kepada saya. Seperti biasa, mereka akan berlari mendahului saya ke kereta.
Mereka dah tahu tempat biasa saya meletakkan kereta, cuma kadang-kadang saya akan meletakkan di tempat lain.
Dan biasanya, saya akan melawak dengan mereka. Maksudnya, kadang-kadang saya akan biarkan mereka berlari ke tempat yang salah. Saya tak panggil pun mereka. Bila dah jauh dan mereka sedar kereta tiada, biasanya, mereka akan berpatah balik dan selalunya saya akan tunggu di tempat terakhir mereka tinggalkan saya, selalunya masih di dalam kawasan sekolah.
Dan selalunya, bila mereka jumpa saya, mereka akan ketawa besar sebab tahu sudah "dikenakan".
Semalam berlainan, saya tahu mereka dah lari ke tempat salah. Mula-mula isteri nak panggil mereka, tapi saya cakap, ala biar je sebab dah biasa kenakan mereka.
Jadi, saya dan wife pun tunggu la di tempat terakhir mereka tinggalkan kami. Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul.
Alamak, mana pergi la pulak bebudak ni. Saya, apa lagi, suruh isteri tunggu tempat tersebut, manakala saya pergi ke arah tempat mereka berlari.
Sah diorang memang tiada! Saya berpatah balik dan lihat mereka juga tiada dengan isteri!
Apa lagi, saya pun keliling la sekolah, kot-kot mereka ada tunggu kami di tempat lain. Tiada juga.
Saya pun pergi ke pejabat sekolah. Masa nak pergi ke pejabat, ada seorang rakan Long juga turun mencari. Berlari-lari budak tu keliling sekolah cari Long.
Di pejabat sekolah, kebetulan terjumpa Guru Besar. Cerita kat guru besar. Yang bestnya guru besar ni, dia memang tenang. Tak nampak pun risau. Dia suruh saya balik dulu, mana tahu budak-budak tu dah balik dan dia akan tunggu di sekolah.
Masa menuju ke tempat isteri menunggu, saya lihat mereka tiada lagi. Kebetulan terjumpa cikgu Long. Saya pun cerita lah masalah ni.
Lepas berbincang dengan isteri, kami buat keputusan, saya balik rumah manakala isteri tunggu di sekolah kot-kot budak-budak tu ada lagi kat sekolah.
Masa ni, sekolah dah lenggang. Tiada orang kecuali kakitangan sekolah. Masa baru melangkah nak balik, tetiba dapat "call". Tengok nombor, nama isteri saya. Aik? isteri saya ada dekat saya? takkan dia yang "call"?
Saya jawab "call" tu. Lepas tu saya dengar "hello, abah ke tu? ni Danish ni. Danish dah ada kat rumah!
Lega bila dengar suara Danish.
Lepas bagi tau cikgu sekolah Danish yang dia dah ada di rumah, kami terus balik rumah.
Sampai rumah, isteri saya dok membebel ke Long. Saya pun kena bebel sebab dia kata main benda pelik-pelik...ha...ha..ha..
Masa di rumah saya lihat Long tengah makan. Saya gi ke meja makan, apa yang saya cakap:
"Bagus!" dan bagi "thumb-up" kat Long.
Sebabnya:
1. Ia menunjukkan Long dah boleh berdikari dengan memimpin Ngah balik rumah dengan selamat, apatah lagi terpaksa melintas 2 jalan besar sebelum sampai rumah di sini. Ini penting sebab bila balik Malaysia nanti, kemungkinan untuk Long dan Ngah balik rumah sendiri lepas sekolah adalah tinggi sekiranya rumah dekat dengan sekolah seperti mana amalan budak-budak sekolah di Malaysia.
2. Ia juga menunjukkan Long dah pandai menggunakan hp dan lebih penting tahu nombor hp saya.
Apa-apa pun mereka selamat.
2 comments:
hehehe... memang patut kena bebel dengan Puan Nazli!!
ha..ha...bebelan tu tak menghalang saya nak buat lawak yang sama dgn anak-anak...
Post a Comment