Wednesday, May 11, 2011

Alegik

Huh...semalam kena lagi alegik (allergy)...

Teruk pula tu...

Nasib baik kena sebelum pergi uni...kalau tak masak nak kena patah balik...

Habis satu badan bengkak-bengkak....lidah pun bengkak sampai penuh mulut....

Gatal tak kisah sangat...tapi tapak tangan dan kaki terasa pedih sangat...mungkin sebab gatal-gatal tu tak boleh nak tembus kulit tapak kaki dan tangan yang keras tu...

Kena masa balik hantar Long pergi sekolah...dah la berjalan kaki, Ngah ikut sekali...jadi jalan kaki macam orang berlumba sebab nak cepat sampai rumah yang jaraknya dalam 10 minit berjalan...kesian Ngah yang tercungap-cungap kejar dari belakang...

Sampai rumah, terus makan ubat alegik...dua biji sekali telan walaupun arahan sebiji je sehari...Saya memang ada stok ubat alegik. Saya simpan ubat tu di rumah, dalam beg kerja yang saya bawa ke uni dan dalam beg tangan isteri.

Misterinya sampai sekarang saya tak tau puncanya.

Sebelum ni ingatkan sebab makan pizza sebab pernah berexperimen dengan pizza. Makan pizza terus kena...lepas elok, cuba makan pizza, kena lagi. Jadi saya buat kesimpulan sebab makan pizza. Tapi lama lepas tu, bila makan ok la pulak.

Di Malaysia, dah dua kali saya pengsan sebab alegik dan dah dua kali masuk wad. Kali kedua pengsan agak menarik untuk diceritakan. Tapi dalam posting lain la.

Baru-baru ni tengok tv di sini tentang alegik dan macam mana pihak hospital buat ujian untuk tentukan punca alegik. Jadi, bila tengok tv tu, saya buat kesimpulan yang saya tak pernah diuji sedemikian rupa walaupun pernah masuk wad kerana alegik. Pelik juga tata kerja doktor-doktor di hospital kerajaan (bukan semua ye..) atau ada prosedur lain yang perlu diikuti sebelum ujian alegik dilakukan yang saya tidak tahu? atau ujian alegik di Malaysia tak sama dengan di Australia?

Alhamdulillah, lepas 3 jam makan ubat, gatal-gatal hilang tapi tangan dan kaki masih bengkak. Malah sehingga jam 7 malam, tangan saya walaupun bengkaknya tak seteruk mula-mula, masih terasa sengal-sengal di jari-jari. Yang nyata...saya rasa mengantuk amat sangat dan khayal semacam...mungkin sebab terlebih makan ubat...

Yang pasti, balik Malaysia nak buat ujian alegik...kat hospital swasta kot...bayar pun bayar la...janji dapat tahu punca penyakit tu...

2 comments:

Dr Singa said...

kalau blood test.. memang susah nak tentukan apa yang kita allergic ..sebab terlalu banyak test nak buat
ada klinik kulit kat sini buat skin allergy test..

tapi kan.. kalau sampai pengsan..bahaya tu.. kena alert apa yang kita alergic..kena ada epipen.

nazli said...

Yg dlm tv tu saya tengok dia letak beberapa titik cecair di beberapa tempat di kulit...jika kulit jadi merah mcm ruam, tanda kita alah dgn benda tu...mungkin tu skin allergy test kot...

Masa pengsan pertama kali, dr. yg merawat ada ckp, biasanya, makin lama makin teruk allergy tu..jadi dia pesan, kalau rasa nak kena lagi, terus ke hospital...masalahnya, kadang-kadang tak sedar pun nak kena...dan yg lagi problem sbb tak tahu puncanya...