Sempena Hari Ibu ni, saya, abang Long, Ngah dan ma saya pergi ke taman di South Perth. Betul-betul tepi Swan River. Orang memang ramai, nasib baik dapat parking kereta. Program ini pun atas jemputan rakan-rakan saya, adalah dalam 5 keluarga. 3 keluarga pelajar Malaysia, termasuk saya, dan 2 keluarga melayu Perth.
Acaranya, makan-makan sambil borak-borak.
Macam-macam ada..shushi pun ada... |
Ngah bergaya dgn spek itam |
Aktiviti hari ni lebih kepada aktiviti tertutup kerana jemputannya hanya kami yang berkongsi hobi yang sama. Sebab tu, tiada jemputan kepada pelajar-pelajar PhD Malaysia lain. Bukan tak nak jemput, bimbang rakan melayu Perth rasa tidak selesa dengan orang yang tidak dikenali.
Rasanya, yang paling best, ma saya la, sebab tak pernah-pernah sambut hari ibu di Malaysia, alih-alih sambut di Australia...
2 comments:
cantiknya skyline Perth...
panas eh now?
berapa temp now?
( tanya macammm nak pergi.. :) )
saya pun sampai sekarang teruja tengok langit di sini..kena pula bila tiada langsung awan...memang cantik
Sekarang cuaca agak nyaman sekitar 25-28...
Post a Comment