Sunday, May 8, 2011

Hari ibu

Hari ibu kat sini meriah sambutannya...taman-taman dipenuhi orang ramai untuk menyambut hari ibu. Dalam berita tadi pun ada menyebut 5000 orang berada di Kings Park. Nasib baik tak pergi situ..

Sempena Hari Ibu ni, saya, abang Long, Ngah dan ma saya pergi ke taman di South Perth. Betul-betul tepi Swan River. Orang memang ramai, nasib baik dapat parking kereta. Program ini pun atas jemputan rakan-rakan saya, adalah dalam 5 keluarga. 3 keluarga pelajar Malaysia, termasuk saya, dan 2 keluarga melayu Perth.

Acaranya, makan-makan sambil borak-borak.

Macam-macam ada..shushi pun ada...
Manakala, anak-anak bermain basikal atau skuter.

Ngah bergaya dgn spek itam
 


Aktiviti hari ni lebih kepada aktiviti tertutup kerana jemputannya hanya kami yang berkongsi hobi yang sama. Sebab tu, tiada jemputan kepada pelajar-pelajar PhD Malaysia lain. Bukan tak nak jemput, bimbang rakan melayu Perth rasa tidak selesa dengan orang yang tidak dikenali.

Rasanya, yang paling best, ma saya la, sebab tak pernah-pernah sambut hari ibu di Malaysia, alih-alih sambut di Australia...

2 comments:

Dr Singa said...

cantiknya skyline Perth...


panas eh now?
berapa temp now?
( tanya macammm nak pergi.. :) )

nazli said...

saya pun sampai sekarang teruja tengok langit di sini..kena pula bila tiada langsung awan...memang cantik

Sekarang cuaca agak nyaman sekitar 25-28...