Friday, May 6, 2011

Abang Long dapat "big boy toy"...

Pada 5 Mei 2011, secara rasminya saya menyerahkan video camera saya kepada abang Long...Suka sangat dia mendapat "mainan" baru tu...

Video camera tu saya beli pada tahun 2006 atau 2007, lupa dah...agak mahal, maklum la jenama Sony dan mempunyai 30GB hdd. Lagi pun masa beli dulu, ia adalah model terbaru...

Semenjak saya menggunakan kamera baru yang berkemampuan merakam video pada definisi tinggi (HD), video cam lama tu dah terbiar atas almari...sebab ia hanya merekod pada definisi standard (SD)...

Perancangan asal, nak jual kamera tu daripada berabuk...tapi sayang la pulak...

Semalam, entah macam mana, masa tengah layan tv, tergerak di hati nak ambil gambar Dalia menggunakan kamera tu...masa tengah guna video cam tu, secara spontan saya bagi tau abang Long, video cam tu dah jadi milik dia...

Saya ajar cara asas menggunakan kamera tu, contohnya, macam mana nak "on", "off", ambil gambar dan zoom...Semalam juga, dia terus berpraktikal dengan video cam tersebut...subject dia, tentu la kami sekeluarga...

Saya tengok gambar yang dia ambil boleh tahan bagi budak yang baru belajar dan berumur 8 tahun...kurang gegaran...

Masalah sekarang, abang Ngah dah mula jealous...tapi saya dah ada benda yang nak bagi...juga kategori "big boy toy" yang dah lama terperap dalam almari...cuma nak kena pastikan berfungsi ke tidak...

Yang pasti...abang Long suka sangat...harap hayat kamera tu panjang...

2 comments:

DrSinga said...

aiyooo...
ada budak dah jeles...

nazli said...

tu la...tapi dah ada benda nak bagi...tunggu dia minta dulu..