Sunday, November 7, 2010

Strawberry picking

Hari ni kami pergi memetik strawberry. Kalau di Malaysia kami perlu pergi ke Cameron Highland utk memetik strawberry, di sini, ladang strawberry dekat sahaja dengan rumah kami. Pagi-pagi lagi dlm pukul 8.15 kami sampai di ladang strawberry. Ladang strawberry di sini berbeza dengan yang pernah kami pergi di Cameron Highland. Jika di Cameron Highland, strawberry ditanam di atas para, di sini ianya ditanam diatas tanah dan kebunnya lebih luas.

Ni baru separuh drp ladang strawberry


Ladang yg kami pergi ni agak glamer dikalangan pelajar2 Malaysia di sini, malahan rasanya semua pelajar Malaysia mengutip strawberry di sini walaupun mereka duduk jauh.

Abang Long petik strawberry sambil kenyit mata

Siap guna troli tu...

Penuh dua tray...byk lg tray kosong tu...
Ni dah kali kedua kami petik strawberry di sini. Ingatkan nak petik sedikit je, tapi akhirnya penuh juga tiga tray.
Masing2 khusyuk petik strawberry

Ni bukan petik strawberry tapi diorg ni first time tengok "ladybird"..tgh jakun tu...
Lepas petik kena le timbang. Total strawberry yang kami kutip adalah 9.5kg, so kena la aud28.50 (aud3 sekilo).

Tuan Ladang tgh timbang strawberry

9.5kg strawberry
Saya siap awal kutip strawberry, rakan-rakan lain siap lewat skit sbb sampai lewat. Selepas kutip strawberry, aktiviti kami seterusnya adalah berkelah di pantai Mullaloo. Sampai je, benda pertama yg anak2 saya dan rakan main adalah playground di situ.



Selepas puas main playground,  kami bergerak ke pantai untuk mandi. Pandai agak ramai org sbb hari ni ada pertandingan antara pengawal pantai. Saya pada mulanya nak mandi, tapi memandangkan air teramat sejuk (hari ni suhu paling panas 24 darjah je), maka saya sekadar mencelupkan kaki je. Tu pun terpaksa sbb nak tgk anak2 mandi. Diorg ni mmg tak tahu sejuk. Bila saya ajak naik, diorg tak nak sbb tak puas lagi mandi. Minggu depan nak pergi lg mandi laut. Harap2 suhu panas le sikit.

No comments: