Monday, November 8, 2010

Bersiar di Taman Burung

Hari ni saya dan baby bersiar2 di Neil Hawkins Park atau kami di sini panggil Taman Burung yang  terletak lebih kurang 5km sahaja drp rumah saya. Abang Long tak nak ikut. Dia lebih suka tengok tv atau main games drp berbasikal atau berjalan2 di Taman burung. Niat asal saya nak berjogging, tapi memandangkan saya nak bawa kamera, so saya sekadar berjalan2 je la, manakala baby naik basikal. Dia mmg suka main basikal. Kalau kat rumah, petang2 dia akan main basikal di belakang rumah.

Kenapa Taman ni kami dikalangan pelajar di sini panggil Taman burung, sbb rasanya di sini sahaja di bandar Perth ni yg ada burung dgn banyak dan jinak. Setakat ni, taman2 lain yg saya pergi tidak ada burung sebanyak ni. Taman ni juga terdapat tasik yg agak luas "Lake Joondalup", trek berbasikal/berjogging samaada berturap atau tidak, playground dan tempat bbq termasuk tandas awam. Mmg lengkap serba serbi.

Tasik yg luas

Pelantar tinjau
Burung Merpati pun ada...

Angsa itam
Di sini helmet wajib dipakai

Trek jogging/berbasikal

Hutan sepanjang trek

Mentang2 saya jalan kaki, jauh je baby tinggalkan saya
Sepanjang trek ni, kalau bernasib baik akan terjumpa kanggaroo atau arnab. Saya dah dua kali jumpa kanggaroo. Pertama, masa mula2 datang ke taman ni, kedua awal tahun ni ketika saya berbasikal seorang diri. Kanggaroo anak beranak melintas betul2 di depan saya.


Secara keseluruhan, kami bersiar2 sejauh 2.6km pergi-balik. Gambar kat bawah menunjukkan sign board ke tempat permulaan kami, Neil Hawkins Park.



Kawasan lapang yg luas. Biasanya kami berpatah balik bila sampai di sini.

On the way balik. Spt biasa, baby laju je meninggalkan saya.
Patut le laju je dia nak balik, sbb nak main playground. Main playground semacam benda wajib bg baby. Pergi ke mana2 tempat yg ada playground, mesti dia nak main walaupun sekejap.

Dah letih sampai monyok pun nak main playground lg


No comments: