Friday, November 26, 2010

Buku oh buku...

Semalam gi shopping ngan wife dan anak2. Kat luar hypermarket tu ada org jual buku. Bila keluar drp hypermarket, saya terus berjalan menuju ke tempat parking. Apabila melewati gerai (actually, meja je) buku  tu, abang Long ckp nak beli buku. Mula2, saya buat bodoh je, bila nak sampai di eskalator ke parking kereta, saya stop dan cakap. "Ok, jom beli buku". Kemudian saya patah balik ke gerai buku tu dan beli dlm 10 buah buku. Abang Long 6 (ada yg saya pilih,esp buku motor tu..), Baby 2 (dia pilih sendiri) dan wife 2 (sudoku).

Buku dibeli
Ada sebab kenapa saya berubah fikiran drp tak nak beli kepada beli buku tu. Pertama, terkenang balik masa saya dlm darjah 4, bersekolah di Kem Tentera (komando sebenarnya...), ada pameran buku di sekolah. Saya pilih satu buku cerita harga RM4.50 (ingat lg harga dia). Esoknya, sblm pergi sekolah, saya minta duit ngan ma (panggilan utk emak saya). Tapi ma x kasi. Lepas puas saya mengamuk dan menangis baru dapat RM4.50. Bila kenang balik, anak2 saya bertuah. Dulu, nak beli buku harga tak sampai RM5 pun susah. Berapa sangat le gaji askar zaman dulu. Mungkin dengan RM5 tu mcm2 boleh beli zaman tu.

Kedua, saya pernah terbaca satu rencana, antara kandungan ayat dia berbunyi lebih kurang mcm ni, "kalau anak nak beli buku, belikan la walaupun agak mahal berbanding belikan mainan. Sekurang-kurang dapat memupuk minat anak2 membaca". Saya perhatikan, abang Long semenjak sekolah di sini mmg minat membaca. Banyak dah buku yg kami beli di sini. Mungkin sbb sistem pendidikan di sini. Kat sini, hari2 abang Long bawa balik buku cerita dari sekolah dan dia akan baca sambil diperhatikan oleh saya atau wife (kami kena bagi ulasan dlm diary yg disediakan oleh pihak sekolah). Buku-buku tu dipilih sendiri oleh dia di kelasnya. Seminggu sekali, dia akan ke library sekolah dan bawa balik buku library. Maksudnya, dlm seminggu ada hari yg dia akan bawa balik 2 buah buku. Minggu ni dia dpt sijil sbb dah baca 100 buah buku. Yang bestnya, Baby pun dah terpengaruh minat membaca abang Long ni. Sbb tu, kalau beli buku, dia pun sebuk nak juga, malah nak pilih sendiri buku yg dia nak baca walaupun dia tak reti membaca. Biasanya, samaada saya, wife atau abang Long le yg jadi mangsa kena bacakan buku utk dia. Dia tak jemu walaupun membaca buku sama berulang2 kali. Harap minat ni berkekalan.

Tu yg masa dok tolak troli, bila teringatkan dua sebab ni, saya patah balik beli buku. Tak pe la, keluar duit sikit utk beli buku. Yang bestnya, semalam, wife saya yg bayar buku tu...bukan mahal pun, aud2 je sebuah.

P/S: Baru je beli tiket flight utk ibubapa saya dtg ke Perth bln April thn depan...tak sabar nak bawa diorg jalan2 kat sini.

2 comments:

cik ct payung said...

betul..

saya pun skang bila pegi mana2 akan belikan buku @ majalah kanak2 sbg buah tangan utk anak2. better books than toys.

nazli said...

amalan yg bagus tu...