Thursday, November 25, 2010

Baby nak bersekolah dah...

Hari ni (Rabu) pagi-pagi lagi (5.30) pergi airport ambik sedara-mara Sham yg dtg melawat Perth. Kemudian bergegas ke sekolah hantar abang Long dan ada meeting di sekolah berkaitan "Kindy". Baby nak sekolah dah tahun depan. Dia masuk kindergarten@kindy. Kalau kat Malaysia, budak2 akan pergi Tadika dulu sblm masuk sekolah. Tapi kat sini, budak2 pergi kindy dulu, kemudian Pre-Primary (sama level dgn tadika kot), lepas tu baru darjah satu. Meeting tadi sekadar perjumpaan dengan guru kindy dan makluman berkaitan urusan persekolah. Baby akan bersekolah utk dua hari sahaja (isnin dan khamis) drp pukul 8.45pg hingga 2.45tgh. Meeting ni sekejap sahaja, tamat pukul 9.45pg. Yg pasti Baby begitu teruja utk bersekolah thn depan. Tadi masa ambil abang Long pun, wife saya cakap, Baby siap tunjuk-tunjuk lagi kelas dia ke abang Long. Memang tak sabar betul nak gi sekolah.

Kat depan kelas abang Long
Petang, Sham ajak pergi memancing. Dia nak bawa sedara mara dia yg dtg dr Malaysia pergi memancing di Coogee Beach. Hari ni saya ikut jer...mood ambik gambar melebihi drp mood nak memancing...selepas dpt lesen@ikan pertama, terus saya bagi joran ke sedara mara Sham.

Pelican



Pelican tunggu ikan...

Sham dan hasil tangkapan

Dua ekor sekali pancing oleh Zali

Bersama sedara mara Sham dr Malaysia
 Ikan yg diperoleh hari ni agak kecil drp yg kami dpt masa last trip. Tapi ok la, dpt jugak suku baldi. Kami bertolak balik dlm pukul 8.00mlm...

No comments: