Hari ni saya nak bercerita ttg rumah yg saya duduki sekarang. Rumah yg saya duduki adalah di suburb Heathridge, bernombor 24 dan terletak di jalan Voyage. Saya sewa rumah sebuah atau banglo kot kalau di Malaysia. Niat asal nak cari rumah teres atau apartment je. Tapi bila survey, mmg tak jumpa rumah teres kecuali semi D. Manakala apartment ada di pekan2 je dan harga samaada sama mahal atau lebih mahal drp rumah sebuah, baik sewa rumah sebuah, at least, ada juga backyard.
|
Pandangan dari sisi |
Kat sini nak sewa rumah tidak macam di Malaysia. Kalau di Malaysia, kita cuma perlu berbincang dgn tuan rumah. Di sini, agen hartanah yg uruskan rumah sewa. Kita tak kenal pun dgn tuan rumah. Sewa rumah pun dibayar melalui agen. Mula-mula, saya cari rumah melalui laman web tertentu yg menyenaraikan rumah utk disewa. Biasanya, dlm web tsbt diletakkan tarikh utk melihat rumah. Jika tiada kena la tanya agen yg menguruskan rumah tersebut.
Pada hari melihat rumah, kita dibenarkan menjelajah seluruh pelusuk rumah tsbt dan bertanyakan soalan dgn agen. Biasanya, pengalaman saya melihat rumah, akan ada 6-7 lagi orang lain yg datang. Lagi ramai yg dtg lagi sukar ler peluang nak dapat. Selepas berpuas hati dan berkenan, maka kita boleh la dapatkan borang permohonan drp agen. Nak isi borang tu pun satu hal, mcm2 yg ditanya mcm seblm ni tinggal dimana, kenapa nak pindah, sumber kewangan dan "perujuk".
|
Depan rumah |
Kadang2, bila nak hantar borang ada agen yg minta dua minggu deposit sbg commitment kita tak lari bila dah dioffer rumah. Masa saya hantar borang utk rumah ni, nasib baik dia tak minta "commitment deposit". Lepas tu tunggu le dlm seminggu. Biasanya agen akan call kita bila berjaya. Perjanjian akan diberikan dan perlu ditandatangan oleh semua org dewasa yg nak tinggal dlm rumah tu. Dlm kes saya, saya dan wife le kena tandatangan. Dan masa nak hantar, kena bayar sewa dua minggu campur deposit empat minggu. Kat sini dia kira minggu. Bukan macam Malaysia, kira pakai bulan. Rumah saya sekarang saya sewa aud325 seminggu, mmg mahal yang amat. So, kalau kirakan saya sebenarnya bayar sewa utk 13 bulan, bukannya 12 bulan...mmg tension...abih separuh elaun.
|
Pintu utama |
Kalau di Malaysia, tuan rumah tak pernah nak dtg buat inspection. Kat sini, setiap 2 bln agen akan dtg check rumah. Memang tension. Masa tu kelam kabut le sikit bersihkan mana yg patut. Biasanya agen akan bagi surat pemberitahuan dua minggu lebih awal. Bila dpt surat tu, sibuk ler nak meracun rumput ler, mengecat mana yg patut, bersihkan dapur dsb. Bimbang takut perjanjian tak renew nanti.
|
Bahagian depan rumah. Tingkap depan tu bilik utama tapi saya jadikan bilik study, tingkap kedua, bilik tidur saya dan tingkap ketiga bilik tidur abang long |
Rumah sewa saya ni ada tiga bilik tidur, satu bilik air, satu tandas, ruang tamu, ruang makan, sun room (bilik yg dindingnya hanya jaring nyamuk) dan backyard yg luas.
|
Bahagian tepi |
Satu je masalah nak jaga rumah ni, di bahagian depan, tepi dan belakangnya yang luas. Kalau rumput dah naik jenuh nak meracun. Tapi bahagian belakang dia cukup luas utk anak2 saya main basikal.
|
Pandangan dari depan rumah |
Ni dah tahun kedua saya menyewa di sini. Alhamdulillah sewa tak naik. Satu lagi, rumah ni tiada "grill" mcm rumah di Malaysia. So, rasa selesa sangat. Tak rasa mcm duduk dlm penjara. Ingat lagi apabila saya balik ke Malaysia awal thn baru2 ni, anak saya tanya kenapa rumah Tok Wan dlm penjara (sbb semua tingkap bergrill). Alhamdulillah, setakat ni tak ada la pulak kes pecah rumah di kawasan saya ni. Rasanya, tahun depan saya akan terus menyewa kat sini kot, sebabnya dekat sangat dgn Uni saya, dlm 3km sahaja. Kurang 10 minit dah sampai; dan dekat dengan sekolah abang Long. Kalau jalan kaki, tak sampai 5 minit rasanya. Posting lain, saya tunjukkan gambar dlm rumah pula.
No comments:
Post a Comment