Pagi kami di Margaret River dikejutkan dengan kicauan burung. Memang menarik. Sebekas makanan burung disediakan di dlm chalet utk ditaburkan diperkarangan chalet dan diletak di dalam bekas makanan burung yg digantung di depan chalet. Tak perlu tunggu lama selepas meletakkan makanan burung di situ utk melihat burung dtg.
Selepas bersarapan, tempat pertama yg kami lawati di Margaret River adalah "The Cape Leeuwin Lighthouse" yang terletak di Agusta.
Di sini juga merupakan tempat pertemuan dua laut iaitu laut India (Indian Ocean) dan laut Selatan (Southern Ocean).
Pertemuan dua laut |
Sudut pandangan lain |
Selepas puas bergambar di Cape Leeuwin Lighthouse, kami melawat destinasi seterusnya, gua. Rancangan asal nak melawat Lake cave. Kami sampai hampir pukul 12.00tgh. Ketika sampai, kami isi perut dulu dgn makanan ringan (keropok lekor). Dlm 12.40, apabila kami pergi ke kaunter, dimaklumkan "cave guide" baru je berlepas. Baru la kami tahu yg nak masuk gua tu kena guna tourist guide sbb gua tu kecik dan "fragile". Next guide yg akan berlepas pukul 1.30tgh. Lepas tanya pegawai kaunter tu cadangan gua yg perlu kami lawati, maka dicadangakan kami melawat mammoth cave, yg berdekatan dgn lake cave. Lagi pun menurut pegawai kaunter tu, Mammoth cave lg besar dan sesuai utk rombongan yg ramai mcm kami dan tak perlukan cave guide. Malas nak tunggu next cave guide, kami pergi ke Mammoth cave.
Baby mcm paham je dgr penerangan menerusi earphone |
Nampak bayang hitam belah kanan tu, bukan hantu tapi lupa nak buka hood camera |
Nasib baik jelas, orang dan gua... |
Dekat dgn kepala |
Platform pejalan kaki disediakan |
Masalah yg saya hadapi dlm gua ni, flash kamera saya tak membantu sangat. Respon built-in flash kamera agak lambat. Kekadang 7-8 saat kena tunggu sebelum boleh guna kamera. Memang tension.
Anak sungai mengalir dlm gua |
Akhirnya, sampai di pintu keluar |
Pintu keluar gua |
Teropong apa tu? |
Teropong kanggaroo rupanya |
No comments:
Post a Comment