Hari kedua (26 Oct)
Pagi-pagi lagi selepas bersarapan kami check-out chalet kerana pada hari ini kami akan bermalam di Margaret River. Tempat pertama yang kami singgah pada hari ini adalah melawat batu ikon Albany, "Dog Rock".
|
Dog Rock |
Batu ni dipanggil "Dog Rock" sbb kalau perhatikan betul2 mmg mcm kepala anjing. Ianya terletak betul2 ditepi jalan dan dekat dgn chalet penginapan kami. On the way ke sini, terjumpa sign-board kat bawah ni.
|
Kura-kura melintas |
Kat Malaysia tak de kot "sign-board" mcm ni. Destinasi kedua kami di Albany pada hari ni adalah pergi ke kedai cenderamata. Biasala dah melawat tempat orang kena beli tanda kenangan. Selepas tu kami melawat Whale World yang terletak di Frechman Bay.
Kat Whale World ni, kami tak masuk cuma ambil gambar di luar je. Sebabnya, pertama kami sampai dah lewat (lama kat kedai cenderamata), kedua bayaran dia aud50++ utk 2 dewasa + 2 kanak2, jadi tak berbaloi kalau masuk sekejap sahaja. Banyak benda boleh tengok dlm tu, tapi kena ambik masa la skit. Memandangkan destinasi seterusnya agak jauh, maka kami sekadar mengambil gambar di luar je la.
|
Di luar Whale World |
|
Kat luar pun puas-hati |
Dapat duduk luar pun ok dah sbb kawasan dia mmg lawa, air laut yg jernih dan bersih...geram..rasa mcm nak mandi je. Lepas puas bergambar, kami ke destinasi seterusnya, Tree Top di Walpole yg jaraknya dlm 125km dr Whale World. Kami sampai di Walpole pada pukul 12.30tgh.
|
Di Tree Top |
Tree Top Walk ni merupakan jambatan gantung yang dibuat merentasi hutan. Jaraknya adalah sejauh 600 meter dan puncak paling tinggi adalah 40 meter. Yang bestnya, tidak memerlukan aktiviti memanjat sebab jambatan ini dibina secara mendatar dan ketinggiannya meningkat secara beransur2. Maksudnya, semua golongan boleh panjat.
|
Jambatan merentasi hutan |
Mula-mula saya berjalan di belakang, lepas tu tetiba org rumah panggil, ingatkan apa, rupanya abang Long menangis sbb takut + gayat. Baby ok je. Jambatan ni bergoyang2 bila kita berjalan dan dari satu section ke satu section, tak silap tak boleh lebih drp 20 org kot.
|
Pandangan dr atas jambatan |
Selepas selesai berjalan atas jambatan, kami menyusuri pula trek pejalan kaki yg dibuat melalui kawasan hutan berdekatan. Dpt le tgk pokok2 yg unik2.
|
Pokok yg tembus di tengahnya |
|
Bergambar di bawah pokok |
|
Baby keletihan. |
Destinasi kami seterusnya, Margaret River yang terletak hampir 260km dari Walpole. On the way ke Margaret Rive, kami berhenti di Nornalup untuk makan tengahari.
|
Memanaskan rendang atas dapur BBQ |
|
Sempat lg diorg ni main |
Dlm perjalanan ke Margaret river ni, kami tersesat sekali gara2 saya terlepas simpang sepatutnya. Kami terlajar hampir 20km dari simpang yg sepatutnya kami masuk. Nasib baik sedar awal. Kami sampai di chalet Bushland Cottage agak lewat, dlm pukul 8.30mlm. Chalet ni agak unik sbb dlm hutan dan kedudukan antara chalet lain agak jauh. Dan tiada lampu jalan disediakan. Mmg gelap gelita. Semasa masuk ke kawasan chalet, dpt le tgk arnab tgh bermain2. Mcm di Albany, setiap keluarge menginap di chalet masing2. Yang bestnya, waktu pagi, blh dengar burung2 berkicau. Teringat le pulak ke kg arwah datuk dan nenek saya di Temangan.
|
Depan chalet |
No comments:
Post a Comment