Tuesday, November 2, 2010

Albany Trip day 1

Minggu lepas dari 25 Oct hingga 28 Oct saya sekeluarga dan rakan-rakan pergi ke penghujung negara Australia, Albany. Jarak dari rumah saya ke sana adalah 441km. Sebelum ke sana, perancangan rapi telah dilakukan. Beberapa perbincangan telah dilakukan begitu juga dengan mengumpul brochure2 berkaitan.


Tengah berbincang perjalanan dan tempat yg ingin dilawati
 Pihak lelaki berbincang tentang jadual perjalanan dan tempat yang ingin dilawati, manakala kaum ibu berbincang tentang menu sepanjang lawatan tersebut.

Hari Pertama (25 Oct 2010)

Tempat berkumpul adalah rumah saya pada pukul 6.00pg. Kami bertolak pada pukul 6.15pagi. Perancangan asal, hentian pertama adalah Kojonup. Tetapi memandangkan perjalanan agak jauh ke Kojonup (288km), maka kami berhenti di Williams (192km) bagi memberi peluang anak2 ke tandas. Kami sampai di pekan Kojonup pada pukul 9.50pg.

Hentian Bas Kojonup
Kami berhenti di Kojonup adalah untuk bersarapan memandangkan tidak berkesempatan untuk menjamah sarapan sebelum bertolak. Kebetulan di sini terdapat Rose Maze dan masuk pun percuma. Alang2 dah sampai, kami tak melepaskan peluang masuk ke Rose Maze tersebut.





Kami masuk dlm Mase ni kejap sahaja memandangkan perjalanan masih jauh dan Rose Maze ni tak termasuk dalam jadual. Sepanjang perjalanan ke Albany, kami dihidangkan dengan padang rumput menghijau dan ladang ternakan lembu serta biri-biri. Keadaan jalan juga agak lengang, mungkin sbb bukan cuti sekolah. Kami tiba di Albany lebih kurang jam 1.30tgh. Tempat pertama yang kami tuju semestinya "information centre".


Tengah mendapatkan maklumat drp pegawai bertugas
Information Centre ni terletak bersebelahan landasan keretapi dan kebetulan keretapi kargo tengah berhenti di situ.

Keretapi kargo
Sebelum bertolak ke chalet penginapan, kami melawat dulu ANZAC Peach Park yang hanya 5 minit berjalan kaki dari Albany Information Centre.

Di Tugu ANZAC Park
 Tiada apa di ANZAC Park ni, hanya tugu batu yang panjang sahaja.

Nun di kejauhan kelihatan Wind Farm dari Anzac Park
 
Berlatar belakangkan Pekan Albany
Selepas puas bergambar di sini, kami bergerak ke chalet penginapan. Kami menginap di Emu Beach Holiday Park. Setiap keluarga tinggal di satu chalet. Saya tinggal di chalet yg ada dua bilik tidur, ruang tamu, dapur dan beranda. Memang luas dan selesa. Kalau di Malaysia, dah duduk dua keluarga satu chalet. Kat sini tak berani nak buat sbb dia ikut kepala. Satu chalet yg dua bilik tidur untuk dua dewasa dan dua kanak2.



Chalet penginapan
Kat chalet ni ada playground dan benda gelembung utk kanak2. Baby sampai tak nak balik. Bila pergi chalet lain hari kedua, dia suruh balik ke sini sbb ada playground.

Benda yg menyebabkan baby tak nak balik
Selepas check-in dan makan tengahhari, kami meneruskan aktiviti seterusnya, melawat tempat2 menarik sekitar Albany. Dalam perjalanan ke Torndirrup National Park, kami singgah di "Look-out area" yg diberi nama sempena memperingati pemerintah Turki zaman awal 1900-an, Kemal Artatuk sempena peperangan Gallipoli di Turki. Tempat ni terletak di atas bukit dan mempunyai pemandangan yg sangat cantik.



Seterusnya, kami melawat "The Gap" dan "Natural Bridge" yang terletak di dalam Torndirrup National Park.


The Gap adalah dua batu yang terpisah.

The Gap
  
Nampak tak "Gap" antara dua batu
 
Dari sudut lain
Natural Bridge pulak terletak sebelah The Gap

Batu membentuk jambatan
Antara pemandangan menarik lain di sini.





Perancangan asal nak tengok matahari jatuh di sini, tetapi memandangkan lambat lagi  nak senja ditambah dengan angin yang agak kuat, maka kami bertolak ke tempat terakhir lawatan kami pada hari ini iaitu Wind Farm. Orang yang paling teruja tentunya Baby sbb dia mmg sukakan kipas.


Baby mmg gilakan kipas, pergi mana2, benda pertama yg dia tgk kipas. Dia lebih teruja tgk kipas drp penguin di zoo. So, bila jumpa kipas besar, lg ler teruja. Ingat lg saya hampir2 langgar lampu merah di Perth semasa memandu berdua dgn baby sbb dia asyik tunjuk kipas air-cond di bangunan sepanjang perjalanan.

Wind Farm
Kami menghayati senja di Wind Farm.


 Kekadang terpikir juga, kenapa kerajaan Malaysia tidak bina benda yang sama di belah Pantai Timur, terutama di kawasan pantainya. Sepanjang saya tinggal di Terengganu, saya dapati anginnya agak kuat.

No comments: