Thursday, July 26, 2012

Durian

Minggu lepas, kami sekeluarga balik ke kampung kerana 3 sebab:

1. Sebab Terengganu cuti pada hari ahad sempena juara SUKMA 2012, jadi cuti kami bertambah sehari, menjadi 3 hari.
2. Sebab nak menyambut ramadhan di kampung setelah tiga tahun berpuasa di negara orang
3. Sebab musim durian, pagi ma telefon suruh balik, petang masa meeting, abah pula telefon suruh balik sbb durian banyak...

So, pagi jumaat tu, abah ajak saya kutip durian...rasanya dah berbelas-belas tahun saya tak kutip durian...kali terakhir mungkin masa sekolah menengah dulu-dulu...

Saya ajak long dan ngah sekali...kiranya, hari ini dalam sejarah la sebab pertama kali mereka akan mengutip durian, pengalaman yang tak semua orang boleh rasa...

Ada dua dusun yang kami pergi, mula-mula kami pergi ke dusun datuk yang jaraknya dalam 5 minit bermotosikal, kemudian, kami pergi ke dusun abah yang terletak di belakang rumah sahaja, jaraknya kurang dari 10 langkah...

on the way ke kebun durian...

Mula-mula long dan ngah memang excited...maklum la tak pernah kutip durian..walaupun mereka tak makan durian...kemudian hanya ngah sahaja yang kutip durian, long tunggu atas motor sbb takut pacat...

Ngah takut juga, tapi lepas saya cakap elok-elok yang pacat tu tak makan orang, cuma gatal jer, terus jadi berani..

Jumpa sebiji...

jumpa lagi

dan lagi

Suka dia dapat kutip durian walaupun tak makan durian
hari tu, dusun datuk, kami dapat kutip hampir penuh guni, dusun abah sekerat guni...

dan yang paling utama, sebab durian ni jenis durian kampung, yang saya pun tak tahu jenis apa, isi dia memang sedap...

tokey durian

1 comment:

Syah said...

Doc!

Saya pun tak pernah kutip durian la Doc...

Bila boleh Doc bawa saya dapat pengalaman tu????