Tuesday, November 1, 2011

Strawberry dan Sukaneka

Lama saya tidak berblog...tak tahu kenapa, lepas sahaja balik daripada Melbourne, terus mati semangat nak berblog...padahal banyak aktiviti yang saya lakukan di sini...mungkin sebab sekarang ni saya dibulan-bulan atau lebih tepat lagi, minggu-minggu terakhir di Perth...sedih la pula nak tinggalkan bumi Perth...banyak yang saya belajar di sini...

Sabtu lepas kami memetik strawberry, yang mungkin kali terakhir sepanjang kami di sini. Ini kali ketiga kami petik strawberry sepanjang di Perth dan tiga kali juga kami petik di ladang yang sama. Mungkin kerana Tuan ladang yang peramah dan harganya murah. Sekilo dijual dalam AUD3 sahaja, berbanding beli di kedai dalam AUD2 untuk 250g. Bagi mereka yang datang ke Perth pada penghujung bulan Oktober, boleh la melawat ladang Hai seperti mana alamat berikut:

177 Elliot Road, Wanneroo Perth.







Selepas memetik strawberry, kami berkelah pula di Mullaloo Beach. Kali ini kami lakukan sedikit kelainan iaitu dengan menganjurkan sukaneka bagi anak-anak. Setiap keluarga akan menyediakan hadiah bagi semua budak-budak. Konsepnya, semua adalah pemenang. Jadi budak-budak memang mewah dengan hadiah@gula-gula. Memang seronok. Selepas bersukan, mereka semua pakat mandi pantai. Selalunya saya akan turut mandi, tapi kali ini, saya sebagai pemerhati sahaja.









1 comment:

marinahunny said...

subhanallah cantik giler pantai dia..