Thursday, October 6, 2011

Perth Royal Show 2011

Hari rabu yang lepas kami pergi ke Perth Royal Show...acara tahunan yang agak meriah di sini...sebelum ni tak pernah pergi sebabnya tiket mahal sangat...jadi rasa tak berbaloi kalau nak pergi sekejap...kalau nak pergi lama-lama, fikir juga nak sembahyang di mana?

Berkebetulan, tahun ni Malaysia jadi "Host Nation", jadi kerajaan Malaysia sewa satu dewan besar untuk buat pameran...banyak la gerai-gerai IKS di situ...berkebetulan juga ada rakan-rakan saya yang bekerja part-time di situ...dari maklumat mereka, surau ada disediakan...

Jadi saya berpakat dengan isteri, memandangkan tak pernah pergi dan ini sahaja peluang yang ada, tambahan pula ada tempat sembahyang dan kanak-kanak masuk percuma tahun ini...jadi rugi la kalau tak pergi...Lagi pun minggu ni minggu gembira saya dan akan pergi ke Melbourne seorang diri sabtu ni...

Kami pergi naik keretapi sebab lagi selesa dan memikirkan beribu-ribu orang yang pergi, mesti susah nak cari tempat letak kereta...

Kami bertolak dari rumah dalam 9 pagi lebih...dan balik hampir pukul 6 petang...letih memang letih tapi seronok...terutama long dan ngah...sebabnya duit banyak habis kat fun-fair untuk mereka...

Manusia beribu-ribu lemon



Seronoknya mereka...


Perhatikan muka ngah masa naik roller coaster kat atas...dia sebenarnya tengah panik tu...orang lain nampak gembira...dia dok keras macam batu...ngah sebenarnya takut pada kelajuan...ingat dulu-dulu masa saya bawa  dia naik motor, dia akan memekik ketakutan kalau saya bawa laju...

Masa naik roller coaster tu, pusingan pertama, operator roller coaster tu berhentikan roller coaster sebab dia nampak ngah ketakutan...lepas dia tanya ngah ok ke tak, ngah jawab ok, roller coaster tu sambung berpusing...pada saya roller coaster tu memang laju yang amat...beberapa pusingan berikutnya...saya boleh dengar ngah memekik suruh berhenti...mula-mula nak aje saya lari ke operator suruh berhentikan roller coaster tu sebab kesian pun ada...tapi bila fikirkan, mana nak cari benda ni kalau balik Terengganu nanti, saya biarkan sahaja...lepas beberapa pusingan, ngah dah tak memekik suruh berhenti...tapi boleh nampak dia keras macam batu...mungkin dah panik sangat sampai dah tak boleh nak buka mulut...

Lembu gila

Muka gayat long atas Ferris Wheel
Long pula gayat dengan tempat tinggi...ngah pun gayat juga tapi semalam baru saya tahu, long lebih gayat daripada ngah...masa naik ferris wheel, bila sampai puncak paling tinggi, long macam lembik sampai terduduk atas lantai...ha..ha..ha...nak gelak pun ada sebab cita-cita dia nak jadi pilot...siap tulis lagi dlm buku whimpy's diary dia...

No comments: