Sunday, February 8, 2015

Santai Petang

Petang semalam dalam pukul 6
Bawa long, ngah, achik dan baby gi pantai Tok Jembal
5-7 minit je dari rumah
Long dan ngah mandi pantai
Achik, baby dan saya main pasir...

Sunday, February 1, 2015

Kayuh sekeluarga

Masa di Perth
Saya selalu tengok orang putih berbasikal satu keluarga
Ayah, ibu dan anak-anak...
Saya berangan nak buat perkara yang sama
Alhamdulillah,
23 Januari 2015 saya berbasikal satu keluarga...
Cumanya, di Malaysia agak bahaya kerana;
Tiada laluan khusus untuk basikal dan pejalan kaki
Dan sesetengah jalan tiada kaki lima
Jadi saya hanya berdoa agar tiada kenderaan melanggar kami...

Achik dan Baby siap boleh tido dlm child seat masa nak balik...

Thursday, January 29, 2015

Ride santai...

Pertama kali pada 16 Jan 2015
Saya dapat berbasikal bertiga
Saya, long dan ngah
Agak jauh kami pergi
Niat di hati nak berbasikal sampai stadium runtuh
Tapi sbb ngah dah semput
Sampai di penghujung airport KT sahaja
 
Peace yoo...

Kita mandi dulu sebelum balik
 
 

Wednesday, January 28, 2015

Gawat ke???


 
 
Orang kata ekonomi negara teruk
tapi saya pening
gi ikea ahad lepas ngan abah
orang penuh
borong perabut macam borong barang dapur...
barang yang saya nak beli semua sold out....
dah mana yang gawatnya....
pening arrrr......
 
Abah mabuk ikea...first time masuk ikea, semua barang dibelek termasuk bekas plastik...:)

Sunday, May 25, 2014

Baby@Daris

Baby@Daris, ahli keluarga baru kami. Dah hampir 2 tahun.

Sunday, March 30, 2014

Trip Kilat

Ke mana kami cuti sekolah baru-baru ni....

Langkawi!!!

Trip kilat! Kenapa?

Langkawi tak termasuk dalam perancangan kami...

Rabu lepas, kami ke Kedah, melawat adik saya di Pendang....

Pagi khamis, saya tanya adik ipar, apa yang best kat Kedah?

Tup-tup dia cakap, jom ke Langkawi?

Saya tanya, balik hari?

Iye, jawab adik ipar saya...

Apa lagi, dalam pkl 9 pagi, kami bertolak ke Kuala Kedah...sampai dalam pukul 10 lebih...

Tiket feri pukul 10.55 dah habis, dapat tiket pukul 12.00...

Bimbang kereta sewa habis di Langkawi, kami book kereta di Kuala Kedah lagi, dengan harapan, sampai di Langkawi, terus dapat kereta. Kami sewa avanza, sesuai untuk 5 dewasa dan 5 kanak-kanak...mudah nak bergerak drp sewa 2 kereta.

Dekat pukul 2 lebih, sampai di Langkawi....terus saya ke kaunter tiket feri, beli tiket balik ke Kuala Kedah pukul 7.00. Nasib baik ada. Bimbang juga kot-kot habis.

Kereta sewa? Dekat 3.30 baru sampai...hampeh...nasihat saya lebih baik ambil di Langkawi daripada di Kuala Kedah...

Dapat kereta, terus ke masjid, sembahyang....dalam 4.30 settle semua...

Destinasi pertama, Idaman suri...saya tengok-tengok je...wife yg beli barang...

Pukul 5.00 lebih kami ke HIG....kat sini, beli coklat je...

5.30 terus bertolak ke dataran Lang, nak ambil gambar...

6.00 ptg, adik ipar hantar kami ke jeti, dia pergi hantar kereta.

7.00 ptg, bertolak balik ke Kuala Kedah.

Sampai-sampai di Kuala Kedah dalam 9.00 mlm, adik ajak makan di Restoran Terapung (lupa dah nama betul dia)...dia dah siap order ikan bakar...

Pukul 11.00 mlm, sampai rumah...semua terus tergolek...letih punya pasal...

Jumaat pagi, kami bertolak balik ke Kelantan...

Letih tapi happy...


Terkilan, ma tak ada...



Sunday, March 23, 2014

Achik

Dalia sekarang dah hampir 3 tahun.

Memandangkan abang-abang ada gelaran masing-masing, jadi untuk Dalia saya dah mula membiasakan memanggilnya "achik".

Tuesday, September 3, 2013

Selamat Hari Raya

Salam Semua,

Gila lama tak berblog...susah juga nak menulis tiap-tiap hari....sejak balik malaysia nih, nafsu nak berblog tetiba hilang....hilang ditiup angin china selatan....ditambah pula nak settle down di opis baru, laptop yang rosak dan juga kemalasan nak kelek kamera gajah yang terasa berat dan merimaskan, walaupun sebelum ini, semasa di Oz, selamba je kelek tiap-tiap hari....apa pun semua tu alasan untuk tidak berblog...

Kalau ikut kan hati banyak benda nak cerita...dari beraya di hospital tahun lepas, sehingga la aktiviti beraya tahun ni, terutama keletah long, ngah dan dalia...beserta ahli keluarga baru, Daris@baby...

Apa-apa pun, terima kasih kepada mereka-mereka yang masih membaca blog ini walaupun lama tak update...

Dan rasanya, belum terlambat untuk mengucapkan....

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"....

Pandai bergaya dah Ngah ni...


#tengah bersemangat berblog sbb dapat Samsung Smart PC Pro Percuma daripada bos#

Monday, January 7, 2013

Air dicincang

Akhir-akhir ni agak kerap terbaca isu-isu berkaitan persengketaan antara keluarga...sama ada anak belasah ibu, bapa belasah anak...adik tumbuk abang, anak saman bapa dan sebagainya...

Sedih bila terbaca kisah-kisah macam ni...kadang-kadang puncanya disebabkan oleh perebutan harta ataupun si anak adalah penagih dadah...

Mohon jauh segala bencana seumpana ini terhadap keluarga saya dan juga rakan-rakan yang lain. Diharapkan anak-anak saya akan mempertahankan talian persaudaraan sesama mereka, saya dan isteri.

Mereka terlalu rapat, harapnya perhubungan ini kekal sampai bila-bila...

Posing

 Seronok juga bermain-main dengan teknik mengambil gambar dari atas kerana ia akan menjadikan kepala lebih besar daripada badan.

Gambar Long dan Ngah di ambil di Pantai Teluk Ketapang Kuala Terengganu manakala gambar Dalia di Pantai Tok Bali Pasir Puteh.






Wednesday, January 2, 2013

Monday, December 31, 2012

Beriadah

Lokasi: Pantai Teluk Ketapang.

Antara pantai yang agak popular selepas Pantai Batu Buruk.

Terletak bersebelahan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Waktu petang akan dipenuhi oleh manusia yang bersantai, sama ada bermain layang-layang, kuda, ATV atau sekadar lepak-lepak.


Sunday, November 18, 2012

Hujan Batu

Antara perkara yang saya asyik teringat semasa di Oversea dulu ialah keseronokkan beriadah pada waktu petang bersama Long dan Ngah di Taman Burung. Kerap juga kami berjogging di situ...

Sekarang, cuba juga melakukan perkara sama, tapi disebabkan kesibukan kerja dan tinggal berasingan, maka aktiviti riadah bersama cuma dapat dilakukan semasa cuti sekolah...

Nasib baik di Kuala Terengganu ni banyak tempat berjogging...antara yang menarik dan dekat dengan rumah saya adalah trek berjogging yang mengelilingi tasik di Stadium Runtuh (Stadium Sultan Mizan)...So, sempat juga la 2/3 kali ke sana bersama long dan ngah...

Baru-baru ni, saya bawa Dalia sekali...

Berlatarbelakang Stadium Tertutup

Saya sudah besar!!!



Topi ngah menjadi perhatian ramai!!!

Minum dulu...

Dah pandai posing sikit...

Thursday, July 26, 2012

Durian

Minggu lepas, kami sekeluarga balik ke kampung kerana 3 sebab:

1. Sebab Terengganu cuti pada hari ahad sempena juara SUKMA 2012, jadi cuti kami bertambah sehari, menjadi 3 hari.
2. Sebab nak menyambut ramadhan di kampung setelah tiga tahun berpuasa di negara orang
3. Sebab musim durian, pagi ma telefon suruh balik, petang masa meeting, abah pula telefon suruh balik sbb durian banyak...

So, pagi jumaat tu, abah ajak saya kutip durian...rasanya dah berbelas-belas tahun saya tak kutip durian...kali terakhir mungkin masa sekolah menengah dulu-dulu...

Saya ajak long dan ngah sekali...kiranya, hari ini dalam sejarah la sebab pertama kali mereka akan mengutip durian, pengalaman yang tak semua orang boleh rasa...

Ada dua dusun yang kami pergi, mula-mula kami pergi ke dusun datuk yang jaraknya dalam 5 minit bermotosikal, kemudian, kami pergi ke dusun abah yang terletak di belakang rumah sahaja, jaraknya kurang dari 10 langkah...

on the way ke kebun durian...

Mula-mula long dan ngah memang excited...maklum la tak pernah kutip durian..walaupun mereka tak makan durian...kemudian hanya ngah sahaja yang kutip durian, long tunggu atas motor sbb takut pacat...

Ngah takut juga, tapi lepas saya cakap elok-elok yang pacat tu tak makan orang, cuma gatal jer, terus jadi berani..

Jumpa sebiji...

jumpa lagi

dan lagi

Suka dia dapat kutip durian walaupun tak makan durian
hari tu, dusun datuk, kami dapat kutip hampir penuh guni, dusun abah sekerat guni...

dan yang paling utama, sebab durian ni jenis durian kampung, yang saya pun tak tahu jenis apa, isi dia memang sedap...

tokey durian

Wednesday, July 25, 2012

Birthday Ngah

Tahun ni, birthday ngah jatuh pada hari pertama puasa...

Namun demikian, memandangkan dah lama dia minta kek, jadi kami sepakat beli kek dan raikan dalam majlis ringkas sehari sebelum puasa, iaitu sebelum isya'.

Berkebetulan saya balik ke kampung, dan kakak saya pun balik, jadi meriah le sikit dengan sepupu-sepupu ngah.

cheese...

Tuesday, July 24, 2012

Menara oh Menara

Mercu tanda yang baru di kediaman kami...



Bukan lampu tu, tapi menara telekomunikasi kat belakang tu...

Dibina dalam kawasan sekolah yang jaraknya rasanya mungkin kurang 20 meter sahaja drp rumah saya...

Menara ini dibina semasa cuti sekolah baru-baru ini....

Kalau di "oversea" confirm penduduk terutamanya mak bapak dah buat demo mengamuk menara ini didirikan tanpa merujuk kepada mereka...seperti yang berlaku berdekatan dengan rumah saya di Perth dulu, bila ada pasaraya bina menara telekomunikasi tanpa kebenaran penduduk sekeliling..

Sebabnya, mungkin isu kesihatan...dan keselamatan...

Di sini, suara masyarakat sekeliling tidak penting...

Yang penting....

ada duit?
ada kuasa?

kalau ada, no hal...semua boleh...

Monday, July 23, 2012

Thursday, July 19, 2012

Bandar KT



Mengingatkan saya pandangan Perth CBD dari Swan River...

Tuesday, July 17, 2012

Hebatnya Abah...Part 2

Hebatnya Abah...sebab...

ingat lagi masa baru setahun bekerja di "one of the big audit firm in the world", masa tu, normal bagi saya balik rumah 10 malam, sabtu ahad kena kerja...

So, ada sekali tu, saya pergi ke tangga kecemasan pejabat (pejabat di tingkat 14) sebab dah letih sangat....tangga tu ler tempat saya melepak menghilangkan tension...

Masa tu saya call abah saya, cakap abah dah tak larat nak berhenti sebab letih sangat, balik sampai tengah-tengah malam...

Abah jawab, abah dulu lagi teruk....hari-hari kena pukul masa jadi komando....

Saya, terus terkedu, senyap tak cakap apa dah....