Monday, April 23, 2012

Memori di Perth...

Saya sekarang ni di dalam proses memilih gambar-gambar sepanjang di Perth untuk dicetak sebagai kenangan nanti bimbang kot-kot external hard-disk rosak....

Bila dok asyik pilih-pilih gambar tu, banyak benda yang saya miss dan rindu yang memang tak boleh saya ulang di Malaysia....Yang paling ketara, masa bersama saya dengan Long dan Ngah....

Hampir tiga tahun di perantauan, boleh dikatakan jarang saya miss menghantar dan mengambil mereka di sekolah..

Yang paling saya rindukan adalah apabila mereka akan bersalaman dan melompat-lompat memeluk saya sebelum masuk kelas...

Dan berlari-lari ke kereta apabila tiba masa pulang....

Sekarang ini, memang mustahil memandangkan saya terpaksa berjauhan kerana wife mengajar di Jerangau, yang perjalanan lebih sejam daripada Kuala Terengganu...


Happy moment@Perth...

4 comments:

Daddy Ziyyad said...

sekarang bro bertugas di mana? UMT ker?

saya pun rindukan Perth..ahahaha..tu pasal seminggu lepas Raya ni, saya ke sana lagi..:P

nazli said...

Yup, skrg kat UMT....

Bestnyer dia....hopefully bila long dan ngah dah besar,boleh pergi ke sana lagi...boleh tunjukkan sekolah mereka dulu...

DrSinga said...

buat foto album..
senang belek

nazli said...

kat mana nak buat phot album kat msia...boleh buat online ke?