Friday, September 2, 2011

Long did it again!!!

Buat kali kedua long layak masuk pertandingan akhir "spelling tsunami"...atau pertandingan mengeja...

Long bakal mewakili kelas dia untuk bertarung dengan wakil kelas lain...

Rabu minggu lepas diadakan saringan peringkat sekolah...Long adalah satu-satunya pelajar di dalam kelas dia yang berjaya mengeja semua 30 perkataan dengan betul...

Hebat Long sebab berjaya tewaskan anak mat saleh...

Hari isnin lepas dapat surat daripada sekolah mengatakan Long berjaya ke peringkat akhir yang akan diadakan pada selasa depan....

Tahun lepas, masa final, long kalah awal....sebabnya bukan dia tak tahu, tapi dewan bising sangat dan dia tak berapa dengar cikgu yang sebut perkataan...jadi dia eja benda lain...tapi masih dapat medal sebab antara 4 terbaik...

Harap-harap, tahun ni Long dah tak ada masalah nak mendengar "slang" OZ...dan dapat "top two"...

Berikut gambar Long masa pertandingan tahun lepas....





No comments: