Sunday, August 21, 2011

South Perth

Hari ini saya agak letih...sebabnya pagi-pagi lagi saya "drive" dalam 20-30 minit ke South Perth semata-mata nak ambil gambar...

South Perth ni antara tempat wajib pergi kerana kita boleh mengambil gambar keseluruhan bandar Perth...

Sepatutnya, kami pergi satu keluarga...tapi memandangkan baby tak sihat, maka ngah sahaja yang sudi meneman saya...Long sibuk nak tengok movie dalam laptop...

Selesai di South Perth dalam pukul 11.00 pg, saya bergegas pula ke Burswood, juga antara tempat wajib datang...

Dalam pukul 12.00, kami bergegas balik sebab pukul 1.00 nya nak menonton "footy"@"australia rule"@sukan ntah hapa-hapa ntah sbb kaki, tangan, lari, jalan, baling tendang semua boleh....

Posting kali ni saya tunjukkan gambar di South Perth dulu...

Bandar Perth


Model Pada Hari ini...


Kalau datang melawat Perth, tak singgah dan bergambar di South Perth memang tak sah...

South Perth ni terletak di seberang "swan river" dan jarak dengan Perth CBD rasanya tak sampai 5 minit berkereta...

Kalau duduk di hotel sekitar Perth CBD, boleh juga naik feri daripada Barrack Jetty...

South Perth ni panjang...tempat yang saya datang ni berdekatan dengan Kwinana Freeway, kalau dari Jeti Feri sebelah South Perth, kena berjalan sikit ke arah barat sungai...

Rasanya, di sepanjang South Perth, di sini paling cantik pemandangan bandar Perth...

Tak tahan panas...



model tengah beraksi...
Posting lain kali saya letak gambar-gambar di Burswood pula...

4 comments:

Dr K said...

Lokasi inilah yg saya cari cari utk ambil gambar metropolitan Perth nanti...Kalau ikut Google map, lokasi ni (dekat dgn Kwinana Freeway) ialah dekat Richardson Park ke? Atau along the Kwinana Freeway tu, kita boleh berhenti ambil gambar?

Gambar header blog ni ambil dari atas bukit di Kings Park ke? Maaf, banyak tanya..:P

nazli said...

Dekat Kwinana Freeway tak boleh berhenti...gambar ni diambil dari South Perth Esplanade...di bahagian paling hujung sekali@dekat dengan bandar perth...kalau dlm google map, belah atas jalan sekali iaitu pertemuan antara Mill Point dan South Perth Esplanade...

Header blog ni mmg diambil drp Kings Park...ada dua tempat yg cantik nak ambil gambar Perth City, Kings Park dan South Perth@entry sekarang..

Kalau ke Kings Park,pergi malam pun cantik...

Dr Singa said...

sorang je model?
mana sorang lagi hero...

nazli said...

sorang lg tak ikut...nak tgk movie katanya...