Cikgu bahasa Inggeris datang dekat saya...saya memang rapat dengan cikgu ni...
Dia bagi tahu, esok bila peperiksaan bahasa inggeris dia tak ada...
Saya tanya, dia pergi mana?
Dia cakap kena jaga "exam" dekat sek. men. sains bla..bla...dekat sahaja dengan sekolah saya...
Saya tanya, jaga "paper" apa?
Dia jawab...awak tak yah tahu la...lagi pun awak bukannya layak ambil paper tu...
Ooppps....
Lama juga dok terpikir-pikir "paper" apa sampai saya tak layak...
Lama lepas tu baru saya tahu, "Triple 1 9" rupanya..
emmm...memang tak layak pun bagi pelajar sekolah kampung macam saya...
Harap-harap Long layak kot bila besar nanti... |
No comments:
Post a Comment