Tengah bosan tunggu final champion league, MU vs Barca pukul 2.15pg...jadi saya sambung perbualan saya dengan pendakwah kristian...ada sikit lagi nak ditulis...
Saya: Apa pendapat anda tentang dakwaan hari akan kiamat semalam (21 May 2011) seperti yang didakwa oleh paderi di US?
Pendakwah: itu bodoh!
Saya: kenapa anda kata bodoh? sedangkan paderi tersebut mendakwa dia berdasarkan bible. Lagi pun saya tengok dalam berita menunjukkan orang ramai yang menyokong siap membawa sepanduk dan antara tulisan disepanduk tersebut adalah "bible tak pernah menipu"?
Pendakwah: paderi tu tak baca bible!
Cepat sahaja dia buat kesimpulan. Masa ni saya dah malas nak tanya lebih-lebih pasal paderi US tu sebab awal-awal lagi puak-puak Jehovah ni tak sebulu dengan dua puak lain. Kemudian pendakwah tu tambah:
Pendakwah: dalam bible ada tulis, hanya tuhan sahaja tahu bila kiamat akan berlaku.
Saya: Islam pun menyatakan hanya tuhan sahaja yang tahu. Kalau kita tahu bila nak kiamat, maka semua orang akan duduk dalam masjid dan bersembahyang. Tiada yang akan berkerja dan buat hal lain.
Pendakwah: saya setuju.
Saya: Cuma kami diberi tanda-tanda bila kiamat akan berlaku.
Pendakwah: oohh...itu sama macam kristian. Dalam bible ada menyatakan tanda-tanda apabila kiamat sudah hampir.
Pendakwah kemudian menunjukkan ayat dalam bible tentang tanda-tanda kiamat. Antaranya yang saya masih ingat, bencana alam, kerosakkan bumi oleh manusia, kekurangan makanan.
Saya: Salah satu tanda dalam islam sebelum berlakunya kiamat adalah turunnya isa@jesus dan saya percaya bible pun ada menyatakan benda sama.
Pendakwah: Betul....tapi kami percaya jesus dah pun turun.
JESUS DAH ADA KAT BUMI!!! Masa ni, saya betul-betul terkejut.
Saya: Bila?Di mana diturunkan? Di mana jesus sekarang? Siapa orang yang jadi jesus?
Bertalu-talu soalan saya tanya. Iyalah, memang terkejut hampir melompat saya. Sebelum ini tak pernah-pernah saya dengar perkara ini. Hatta, kalau betul, pasti media dah hebahkannya. Ini bukan perkara kecil. Tapi tak ada la pula kumpulan dari Katolik hatta protestant yang bising pasal benda ni. Biar betul puak jehovah ni.
Pendakwah: Kami percaya jesus turun pada tahun 1940 lagi...
Siap tahu tahun lagi tu...
Saya: Macam mana anda tahu jesus turun tahun 1940?
Pendakwah kristian menunjukkan satu ayat dalam bible. Dalam ayat tu yang saya perasan berkenaan peperangan..
Pendakwah: Dalam bible menyatakan tanda jesus turun di bumi ialah bila berlakunya peperangan di seluruh dunia.
Saya: kenapa 1940?
Pendakwah: kerana tahun tersebut berlakunya perang dunia pertama. (saya dah lupa dia sebut pertama atau kedua)...
Saya: bukan kah perang dunia dah berlaku lama dulu sebelum tahun 1900an lagi. Kalau anda ingat, portugal mula menjajah dunia dengan menyerang negara-negara afrika, asia tahun 1500an lagi...itu belum kira pasal penjajahan belanda, british...
Pendakwah: zaman sebelum perang dunia pertama, mereka yang berperang adalah betul-betul askar, tetapi perang dunia pertama, yang berperang melibatkan seluruh masyarakat. Masa perang dunia pertama, petani dipaksa jadi tentera. semua orang dipaksa jadi tentera. Dalam bible menyatakan apabila rakyat biasa juga dikerah untuk menjadi tentera, maka itu tanda jesus turun ke bumi...
Saya: Ok...tapi siapa yang tentukan tahun 1940 jesus telah turun ke bumi?
Masa ni saya pelik macam mana mereka begitu pasti tahun 1940 dan siapa yang tentukan tarikhnya..
Pendakwah: sebenarnya, hujung 1800an atau awal 1900an (saya lupa yang mana) ada sekumpulan pelajar yang betul-betul mengkaji bible. Kumpulan inilah yang memutuskan 1940 adalah tahun jesus turun bertepatan dengan perang dunia yang berlaku...
Saya: Ok..kalau betul jesus dah turun, dimana dia? dan adakah anda kenal siapa jesus tu?
Pendakwah: ooo...kami percaya jesus tidak turun secara fizikal tetapi secara spritual..
Pulak dah...ingatkan jesus betul-betul dah ada kat bumi...
Saya: Habis tu, macam mana nak tahu jesus tu dah turun ke belum kalau tak nampak?
Pendakwah: oooo..kami percaya sesiapa yang sedang berdakwah benda yang baik dan menyebarkan agama kristian, maka dia telah menerima "holy spirit" daripada jesus...
Saya: maksudnya, ramai la orang yang dapat "holy spirit" daripada jesus?
Pendakwah: ye betul. kami percaya jesus sekarang tengah melihat daripada langit dan akan menurunkan "holy spirit"nya kepada sesiapa yang dia berkenan...
Masa ni saya dah malas nak layan...rasa dah melalut jauh dah ni....tiba-tiba pendakwah tu bersuara.
Pendakwah: Ini pertama kali saya jumpa orang yang bertanya banyak soalan. Biasanya, setiap kali kami ketuk pintu rumah. Orang akan jawab "no, thanks". Anda lain. Anda tanya bermacam-macam soalan.
Saya: saya tanya sebab saya nak tahu...lagi pun sebelum ini, saya hanya dengar berkenaan kristian, tapi tiada kesempatan nak bertanya dengan penganut kristian sendiri. Di negara saya, agama benda sensitif. Banyak perkara sebenarnya bermain dikepala saya sebelum ini berkenaan kristian. Jadi ini peluang terbaik bagi saya untuk bertanya.
Pendakwah: rasanya anda kena jumpa "brother" atau mungkin lain kali saya akan bawa "brother" sekali supaya boleh bersoal jawab dengan anda.
Saya tak pasti siapa "brother" yang dimaksudkan, mungkin pendakwah senior atau paderi sendiri sebab saya tak tanya.
Saya: kalau "brother" itu boleh menjawab kemusykilan saya, kenapa tidak.
Saya sebenarnya nak tanya benda-benda basic sahaja yang dalam bible ada jelas tulis, tapi tidak diamalkan bukan sahaja pengikut tetapi saya percaya paderi pun sama. Kemudian, Jenine (bukan Jenice seperti dalam posting sebelum ini) menyerahkan dua majalah kepada saya.
Pendakwah: atau, kalau anda ingin berjumpa dengan "brother", anda boleh datang ke gereja kami pada ahad ini.
Gereja mereka dekat sahaja dengan rumah saya.
Saya: hari kerja tak boleh ke?
Pendakwah: oh, kami hanya berjumpa pada hari ahad sahaja. Masa itu lah kami mendengar kuliah dan perbincangan. Anda nak ikut serta pun boleh. Tapi kalau sekadar nak bertanya soalan dalam 10 minit pun ok.
Pendakwah: emm...agak-agak bila anda "free"?
Masa ini saya tengah fikir nak cari alasan tak nak jumpa.
Saya: Susah saya nak beri tahu sebab jadual saya tak tentu, kadang-kadang supervisor saya akan panggil saya tanpa memberi notis terlebih awal.
Pendakwah: Ok, tapi bila-bila anda "free" datang sahaja ke gereja kami.
Perbualan tamat selepas itu.
Sebenarnya, banyak lagi perbualan saya dan mereka, tapi apa yang saya tulis adalah inti-pati penting yang saya ingat. Kalau mereka datang lagi, saya dah ada beberapa soalan asas yang ingin ditanya.
Ke gereja mereka?..emm...rasa macam nak pergi je...nak tengok macam mana memandangkan mereka ini katanya lain daripada katolik dan protestant...tentu tak sama dengan yang ditunjukkan dalam tv. Lagi pun, kat malaysia mana mungkin dapat masuk gereja, kecuali jadi orang politik...apa pun boleh...
No comments:
Post a Comment