Kings Park merupakan tempat wajib dilawati kalau datang Perth. Salah satu sebab, boleh tengok bandar Perth. Gambar "title" blog saya ini diambil dari Kings Park la. Jadi, sebelum ma balik malaysia, kena bawa dia ke sini dulu. Abah saya datang baru-baru ni hanya sempat melawat waktu malam. Waktu malam juga masa yang menarik untuk datang ke Kings Park.
Ma teruja tengok rumput kat sini, macam karpet dan bersih sahaja...
Sempat melawat galeri lukisan orang asli yang ada di sini...Sempat juga tengok beberapa jenis bunga walaupun bukan musim bunga...
Beritahu ma, kalau musim bunga, taman ni dipenuhi dengan bunga berwarna warni. Pantas je dia tanya bila musim bunga. Cakap kat ma, tak sempat dah.
Pokok Boab |
Jambatan gantung |
Benda yang paling mengujakan long dan ngah...air pancut...
Perkara wajib dibuat, ambil gambar berlatarbelakang bandar Perth. Kalau malam, memang cantik...
No comments:
Post a Comment