Saturday, December 11, 2010

Vacuum Cleaner

Minggu lepas saya beli vacuum cleaner, bukan nak ganti vacuum lama cuma nak melengkapi fungsi vacuum cleaner yg lama. Ni vacuum lama saya. Beli kat "garage sale" aud8 je. Memang elok lg. Serba boleh, kering dan basah. Jadi "blower" pun boleh.


Masalahnya, vacuum cleaner ni tak boleh nak sedut bulu-bulu dan rambut2 yg ada di atas karpet di rumah saya. Rumah saya ni, semuanya berkarpet kecuali dapur, bilik air, tandas dan bilik laundry. Jadi menjadi keperluan bg saya mencari vacuum yg dpt menyedut bulu2 dan rambut2 yg melekat dikarpet. Kebetulan ada sale, so saya beli vacuum baru, jenama "dyson" yg menurut rakan mmg bagus.



Bila saya cuba mmg bagus, kuasa sedutannya mmg kuat sehingga terangkat karpet. Antara ciri unik yg saya suka berkenaan vacuum ni, aksesorinya boleh diletakkan di batang penyedut. Takde le kita nak mencari2 apabila nak tukar kepala vacuum dan batang penyedutnya boleh dilekatkan kat badan vacuum bila nak simpan, nampak kemas.

Aksesori yg diletakkan di batang penyedut
Saya juga ada membeli kepala lain yg khusus untuk karpet. Saya beli pun sbb kebetulan Harvey Norman buat sale, lebih drp 50% potongan utk kepala vacuum tu.


Batang-batang kecil berwarna merah tu akan berpusing apabila kita gunakan. Di bilik tidur saya ada satu karpet putih yg dah nak jadi hitam sbb rambut dan bulu2 yg melekat. So saya cuba guna kepala vacuum ni, mmg berkesan. Jadi putih balik karpet tu. Sblm ni, bila saya guna vacuum lama, hanya habuk je disedut.

Kelemahan vacuum ni, tak boleh sedut tempat basah. Jadi, vacuum lama saya tak akan buang sbb berguna utk vacuum dapur dan tiup habuk di bahagian belakang rumah.

3 comments:

maya amir said...

adehhh bile tgk vacuum cleaner terus t'ingat yg kat umah nih, mcm kene ganti jek..hose dah koyak sana sini..puas dok plaster..huhu..

p/s salam perkenalan:)

nazli said...

tu dah tahap kena beli baru dah tu...

aien sary said...

saya tgh survey2 vacuum dan jumpa post ni..cam best sbb sblm ni beli asik terkena yg xbagus je..nak cari yg kuasa menyedut tu kuat mcm yg ni..kat mana nak beli ni..