Semalam saya gunting rambut abang long dan baby...dah panjang sgt...Kat sini, sekolah tak kisah sgt nak buat rambut mcm mana. Panjang boleh, botak blh, kaler2 pun blh...Saya gunting sbb dah nampak berserabut. Masa nak gunting tu, saya ingat nak gunting "nombor 1" biar pendek terus, tapi wife suruh buat "nombor 4" sbb katanya "nombor 1" nampak mcm budak nakal. Tapi saya gunting "nombor 3". Tak pendek sgt tak panjang sgt...
|
Sebelum (kiri) dan selepas (kanan)...nampak hensem skit... |
|
Sebelum (kiri, dia tgh senyum tu..:)) dan selepas (kanan)...nampak macho skit... |
Bila tgk rambut anak2 saya dah pendek teringat masa saya mula2 berpindah drp Sek. Keb. Kem Gerakkhas ke sekolah di Kelantan. Masa tu darjah 5, abah saya gunting rambut saya pendek sgt. Rasanya lg pendek drp rambut anak2 saya di atas. Bila pergi sekolah, cikgu saya (arwah dah)...tiba2 tegur...sapa gunting rambut tu? saya jawab...abah saya...kemudian dia ckp...lain kali ckp kat ayah, jgn gunting rambut "ala komando" tu lagi...tak boleh sambungnya...
1 comment:
comel budak2 nih.. :)
Post a Comment