Monday, November 22, 2010

What a sad day...

Semalam hari sedih bagi saya sbb rakan saya di Perth ni mengalami kemalangan motosikal. Agak teruk. Motor dia totaled. Tak tahu macam mana boleh terbabas. Motor melekat di pokok dan beliau tercampak hampir 15 ke 20 meter dalam semak. Tak sedar. Nasib baik ambulance dtg cepat, walaupun tempat kejadiaan agak terceruk sikit drp pekan. Memandangkan keadaan beliau yg "agak parah" dan kawasan yg jauh drp bandar Perth, beliau dihantar ke hospital menggunakan helikopter. Itu pun helikopter terpaksa mendarat agak jauh drp tempat kejadian kerana kawasan tu kawasan hutan, penuh dgn pokok.

Petang semalam pergi melawat di hospital, beliau masih tak sedarkan diri dan berada di ICU. Menurut kata family dia, tidak ada tulang yg patah, cuma ada pendarahan di kepala. Tapi kalau lihat helmet dia yg pecah, tak boleh nak bayangkan kesan hentaman yg kuat di kepalanya. Harap dia akan pulih seperti sediakala.

Nak letak gambar motor dia ditempat kejadian pun rasa tak sedap hati...Akan letak kemudian kot bila dia dah sihat nanti.

Mohon rakan-rakan doakan agar dia sihat sejahteraan.

No comments: