Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Korban

Hari ni, pagi-pagi saya dan baby ke masjid Al-Majid di Hepburn untuk mengerjakan sembahyang sunat raya. Saya pergi berdua sahaja sebab wife kena hantar abang Long ke sekolah. Malas nak suruh dia cuti sbb bukan ke mana pun hari raya ni. Seronok sembahyang kat sini sebab rasa macam di Malaysia kerana ramai orang Melayu ditambah selepas sembahyang, ada disediakan jamuan yang kebanyakannya masakan melayu. Kira boleh lepas rindu le ke masakan melayu.

Peliknya disini, hari raya korban ini disambut pada dua tarikh berbeza. Ada masjid2 di Perth yang sambut hari raya korban semalam, manakala ada yang menyambutnya hari ini. Saya mengikut masjid yang dekat dengan rumah saya, dan kebetulan masjid tersebut menyambut hari raya sama ada korban atau puasa berdasarkan negara Malaysia dan Indonesia.

Hari raya korban ni, rumah saya menjadi hos bagi kami, pelajar2 di ECU. Ala, ada empat keluarga sahaja (syahrul, sham dan zali). Kami pakat-pakat masak apa yang patut. Menu hari ini, tengahhari, nasi dagang Terengganu dan petangnya, sate.


Mereka semua, kecuali Zali sekeluarga (Zali bekerja hari ini) berada di rumah saya dari pagi sehingga malam. Begitu le rutin kami setiap kali hari raya. Yang berbeza adalah rumah yg menjadi hos. Setidak-tidaknya terubat rindu kepada keluarga di Malaysia. Tahun depan tak pasti nak sambut dengan siapa sbb tahun depan adalah tahun terakhir mereka semua di sini. Harapnya ada pelajar baru dari Malaysia yang datang.

"Selamat Menyambut Hari Raya Korban"

No comments: