Thursday, November 11, 2010

Doktor sini

Semalam saya pergi ke King Edward Hospital, sebuah hospital khusus untuk kaum ibu. Saya bukan nak cerita pasal Hospital tapi budaya kerja doktor2nya di sini. Jika di Malaysia, giliran pesakit adalah berdasarkan nombor atau nama dipanggil oleh jururawat. Tetapi di sini saya agak terkejut, tiada sistem nombor atau bukan jururawat yg panggil pesakit, tetapi doktor yang akan dtg ke tempat menunggu pesakit dan memanggil nama pesakit. Semalam wife saya jumpa tiga pegawai perubatan berbeza. Pertama, dia jumpa doktor biasa. Kebetulan doktor tu dari Kuching Malaysia. Selepas jumpa, dia suruh tunggu di tempat menunggu kerana perlu jumpa Pakar pemakanan pula. Seperti pegawai perubatan pertama, pakar pemakanan tu yg dtg ke tempat menunggu memanggil nama pesakit. Pegawai perubatan ketiga yg kami jumpa adalah pegawai obstetrik. Doktor ketiga pun melakukan benda sama spt pegawai2 perubatan lain, dtg memanggil pesakit.

Cuma yang saya kagum, walaupun mereka terpaksa berjalan agak jauh drp bilik rawatan untuk memanggil pesakit (pakar pemakanan tu bilik dia ada ler dekat dgn 100meter dr tempat menunggu pesakit) dan dilakukan berulang2 kali, layanan mereka tetap mesra dan sentiasa tersenyum. Tidak ada sedikit pun muka masam atau mengeluh keletihan. Saya ada juga beritahu doktor ketiga yg kami jumpa (doktor OZ) tentang perbezaan budaya kerja dengan doktor2 Malaysia. Dia tidak pula mengeluh, tapi bangga mengatakan sekurang2nya itu satu senamam bagi dia dengan berulang kali berjalan ke tempat menunggu pesakit.

Emm..kat Malaysia, kerani kaunter yg duduk sepanjang waktu pejabat pun "moody"....


Sorry tiada gambar...tak berani nak ambil gambar dlm hospital...

4 comments:

Acik Erna said...

salam nazli..tu la orang kata..lain padang lain belalang..

nazli said...

mcm tu la kak Erna..tapi byk lagi benda positive yg kita blh belajar ngan budaya mat salleh ni..

nazzman ibrahim said...

salam ziarah

bab ni betul budaya kerja negara kita mmg teruk....operator telefon pun moody tak tentu fasal.
Budaya kerja yang bagus mcm ni tak nak diikut tapi budaya yang tah apa2 pakat nak ikut plak

nazli said...

Saya setuju dengan awak Nazzman...