Monday, November 15, 2010

Busy day

Hari sabtu yg lepas adalah antara hari yang sibuk buat saya. Bukan sibuk buat kerja, tapi sibuk "bersosial". Pagi saya berkelah di pantai Mullaloo bersama rakan2. Tengahari, kami ke jamuan anjuran rakan kami yang menetap di sini. Petangnya hingga ke malam, kami (puak2 lelaki je) pergi memancing.

Pertama, kami pergi ke Mullaloo beach dalam pukul 9.45pg. Hari ni cuaca agak baik, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Orang yang datang ke pantai pun tidak terlalu ramai macam minggu lepas.

Kami lepak di wakaf yg disediakan. Sebelah kanan adalah menara pengawal pantai.
Pantai di sini memang teramat-amat cantik dan bersih. Air dia jernih sahaja. Setakat ni, saya tidak jumpa pun sampah di sini. Pasir pantai putih dan halus. Manakala air dia jernih macam kristal. Pada pandangan saya, memang tidak ada pantai yang setanding ini di Malaysia. Jika ada pun, mungkin pantai2 di Pulau Perhentian dan Redang (saya dah pergi ke kedua2 pulau, mmg cantik).
Pasir halus memutih

Air jernih membiru
Hari ni saya dapat mandi pantai, tapi sebelum tu saya ambil dulu gambar anak2 dan rakan2nya bermain air dan pasir. Saya mandi sekejap sahaja. Rasanya ada la dalam dua tiga kali selam kepala, sebabnya, walaupun suhu agak panas, tetapi air dia tetap sejuk macam dlm peti ais. Tapi budak2 ni selamba je mandi...ajak naik tak nak naik..tak sejuk agaknya.

Seronok dapat main pasir
Seronok dapat mandi pantai
Pantai ni mempunyai pengawal pantai. Terdapat menara pengawal pantai dan terdapat khemah pengawal pantai. Jadi rasa selamat la sikit. Polis pun selalu ronda disini. Malahan, terdapat cctv yang dipasang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Bot pengawal pantai
Masa tengah lepak di wakaf, rakan ternampak binatang ni. Nak kata biawak bukan, tapi rupa mcm biawak. Saiz dia sebesar lengan lelaki dewasa dan jalan perlahan sahaja.

Binatang apakah ini?
Pukul 12 tgh, kami berangkat pulang. Dalam pukul 1.30tgh, kami ke rumah rakan saya di Ellenbrook, yang terletak lebih 20km drp rumah saya. Dia buat jamuan. Bila saya tanya, jamuan apa? dia cakap suka2...sebab lama tak buat.

Tuan rumah, Zam duduk di sebelah kanan sekali
Rakan saya, Zam, berasal dari Kuantan, tapi dah menetap di Perth dlm 14thn. Dah jadi PR sini. Dia kahwin dengan org melayu sini. Saya kenal Zam ni pun sebab "hobi".

Mus, melayu Perth

Kuey Teow dia mmg power.
Banyak makanan yg dihidangkan antaranya satey, kambing bakar dan yang paling best, kuey teow udang. Sepanjang hayat saya, ini adalah kuey teow yang paling power pernah saya makan. Memang best. Entah la bila boleh makan lagi sbb tukang masak tu dah nak balik Malaysia bulan 12 ni. Wife dia dah abis belajar.

Dalam pukul 4 petang kami balik rumah selepas kenyang yang amat. Dalam pukul 5, saya, syahrul dan sham bertolak pula ke Coogee Beach untuk memancing ikan hering@tambang. Kalau kat Malaysia, saya cuma kenal ikan kering tambang. Kat sini boleh tangkap hidup2. Kami memancing dijeti yang memanjang ke laut. Rasanya panjang jeti tersebut lebih 100 meter kot. Kehadiran kami di jeti memancing disambut oleh burung spesis "pelican".

Tengah tunggu ikan yg dipancing
Memang mengujakan sbb tak pernah-pernah saya dapat lihat burung ini dengan dekat, tambahan pula dengan saiz nya yg agak besar, menjadikan pengalaman memancing hari ini agak unik. Tinggi burung ni, rasanya hampir sama dengan ketinggian budak yang berumur 6 ke 7 tahun. Lagi best, burung ni agak jinak. Ramai la yang mengambil kesempatan bergambar bersama burung tersebut.

Jarak saya dengan burung ni tak sampai 1 meter
Kami memancing disini sehingga jam 7.30mlm. Ikan memang banyak. Sekali pancing, biasanya akan dapat dalam 2-3 ekor ikan. Ni kira baru intro memancing. Lepas ni akan ada lagi trip memancing di sini.
Tu dia, 4 ekor sekali naik. Syahrul juara hari ni, sekali pancing, 4-5 ekor ikan

Suasana dijeti
 
Senja di Coogee Beach
Hari ni memang letih, tapi seronok.

2 comments:

arsaili said...

salam eid ul adha.....

nazli said...

salam eid ul adha juga...