Friday, October 1, 2010

Trip to Bunbury

Sempena cuti sekolah sekarang ni, semalam saya dan keluarga ke Bunbury bersama2 dengan rakan2 kami di sini. Kami bertolak dari rumah saya selepas bersarapan pagi lebih kurang pukul 7 pg. Perjalanan memakan masa lebih 2 jam setengah. Apabila sampai di Bunbury, perkara pertama yang kami lakukan adalah pergi ke Bunbury Information Centre untuk mendapatkan maklumat berkaitan tempat menarik di situ.

Di Bunbury Information Centre
 Tempat pertama yang kami lawati adalah Dolphin Discovery Centre. Di sini kita boleh melihat dolphin dalam jarak yang dekat. Nak masuk kena bayar AUD25 utk satu keluarga. Ikan lumba2 akan datang bermain2 digigi air.

Sabar menanti ikan lumba2

ni nak tengok ikan lumba2 ke nak main air?

tu sirip ikan lumba2 tu bukannya sirip Jaws...


Selepas puas tengok ikan lumba2 (nampak sirip je sebenarnya), kami melihat pula pameran yang ada di dalam Dolphin Discovery Centre tu.

Teruja dapat sentuh Tapak Sulaiman
Selepas tu, kami bersarapan di tepi pantai berdekatan dengan Dolphin Discovery Centre.


Banyak2 makanan, Cakedis jugak yg diorg makan...
Kemudian, kami melawat pula Mariston Hill Lookout, iaitu sebuah menara tinjau.

Mariston Hill Lookout Tower

Dari sudut lain
Pandangan dr Menara

Rumah api. Pandangan dr menara
Boleh jadi model ni...

Mentang2 cuti sekolah...gembira sampai nampak gigi...

Cameraman in actions
Destinasi terakhir kami adalah Big Swamp Wildlife Park, yang tak ubah seperti taman burung, cuma ada kanggaroo je. Bestnya, kita boleh bagi makan burung2 yang ada di sini.

Jinaknya burung2 di sini


Ayam pun ada...
Yang paling seronok tentunya Baby yg memang sukakan binatang berbeza dgn abang Long. Pernah beberapa kali dia suruh saya beli anjing sbb dia nak bela.
Baby teruja bagi itik makan di tangannya

New Kids On The Block
Kami bertolak balik dlm pukul 3 ptg, singgah di Masjid Rockingham kemudian di Masjid Hepburn, dan sampai di rumah dlm pukul 8.30 mlm.

2 comments:

a kl citizen said...

cantik gambar2 yang disnap...

nazli said...

Terima kasih atas komen tu. Masih lg belajar guna DSLR. Harap berkunjung lg ke blog ni.