Sunday, September 19, 2010

Raya Lagi...@ Kings Park

Semalam saya sekeluarga dan 3 lagi keluarga ECU (Syahrul, Sham & Sazali) beraya di Kings Park dan rumah Pakcik Hanif. Di Kings Park, kami sebenarnya membawa anak2 bermain "scooter" dan playground. Cuaca agak sejuk dan berangin semalam menyebabkan saya agak malas nak mengambil gambar.

Danial & The Gang bersama scooter masing-masing. Danial@Baby je tayar tiga..he..he..he...

Danish@abelong berscooter

Aksi Baby
Selepas penat berscooter, Abe Long dan Baby bermain panjat-panjat di situ.

Main panjat-panjat

Nak tahu berapa tingginya tempat panjat-panjat tu, tengok gambar berikutnya.

Anak Mat Salleh sampai ke puncak..
 Baby sekadar bermain di bawah je...

Pose menarik dr Baby
 Lepas puas main panjat-panjat, mereka main kat playground plak...mcm2 ada...dari buaian ke gelongsor...

Yeepiiiii
 Tengaharinya kami pergi ke rumah Pakcik Hanif untuk beraya.

Di rumah Pakcik Hanif (bertopi kuning)
 Saya kenal pakcik Hanif ni di Masjid Hepburn, masa tolong pasang khemah utk program berbuka puasa anjuran MyPSA dan Konsulat Malaysia sempena sambutan hari kemerdekaan. Pakcik Hanif ni asal dari Pulau Christmas dan dah menetap di rumah dia sekarang dr tahun 1972 lagi. Katanya dia beli rumah "display".

No comments: