Wednesday, April 18, 2012

Kenyir oh Kenyir....

Minggu lepas saya berkursus di Tasik Kenyir...actually at Lake Kenyir Spa & Resort...rasanya 5 star resort kot sbb makanan dia...fuh...marvellous...dan bilik dia....besar...bilik air sahaja dah boleh dijadikan bilik tidur....
Kursus tu 3 hari, bermula dari ahad sehingga hari selasa..dan program paling best adalah program hari terakhir, kami dibawa melawati tempat-tempat menarik di tasik kenyir menggunakan bot ....

7/8 bot disediakan untuk membawa peserta, dan setiap bot muat lebih kurang 7-8 orang...Destinasi pertama kami, ke Kelah Sanctuary yang mengambil masa perjalanan dari jeti ke sana rasanya lebih satu jam...




Dari tempat bot berhenti, kami perlu pula berjalan kaki ala-ala jungle tracking yang mengambil masa dalam 15-20 minit sebelum sampai ke lubuk kelah...dan memang menakjubkan sebab ini lah pertama kali saya sampai di tasik Kenyir dan pertama kali saya tengok dan pegang, actually bermain-main dengan ikan kelah....memang best...

Terapi Kelah...

Macam bagi makan kucing...memang jinak...


Siap boleh tangkap dengan tangan lagi

Untuk pengetahuan, orang luar juga boleh datang melawat ke Kelah Sanctuary ini dengan diiringi oleh pemandu bot atau pun renjer yang bertugas...dan kalau nak datang, saya dimaklumkan jangan datang pada bulan Ogos atau September kerana air tasik yang surut, jadi aktiviti berjalan kaki@jungle tracking boleh mengambil masa dari sejam setengah ke dua jam untuk sampai ke lubuk kelah tersebut.

Kemudian, kami pergi ke air terjun langsir yang juga mengambil masa hampir 1 jam (mungkin lebih..lupa dah..) untuk sampai dari Kelah Sanctuary tu untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai utama universiti dan makan tengahari...


Hajat di hati nak juga mandi di sini, tapi memandangkan sekejap sahaja berhenti, maka terpaksa la pendamkan sahaja hasrat tu...

Destinasi terakhir kami adalah ke Taman Herba yang terletak di salah sebuah pulau di Tasik Kenyir ini...Memang banyak pokok-pokok herba yang ditanam...Di sini, peserta lelaki diberi air Tongkat Ali asli yang direbus disitu, manakala peserta perempuan diberi minum air campuran kacip fatimah dan herba lain.....Itu adalah pertama kali saya cuba tongkat ali asli, rasanya memang pahit..sebelum ni minum kopi tongkat ali 3 dalam 1 tu jer...

Di Taman Herba

Dalam perjalanan nak balik, saya ternampak satu pokok yang mempunyai buah merah kecil-kecil...tangan saya secara automatik ambil tiga biji, dan terus saya makan...kawan saya yang berjalan bersama terkejut dan bertanya, tak bahaya ke saya makan....automatik saya bagi sebiji kepada kawan saya dan suruh dia makan...saya tengok dahi dia berkerut dan nampak dia macam keberatan nak makan...maklum la buah hutan yang dia tak kenal...kemudian saya beri tahu, lama dah saya tak jumpa dan makan buat tu...buah tu tak silap saya last saya makan semasa saya masih lagi tinggal di dalam Kem Gerakhas Sungai Udang, rasanya dalam darjah 4, memang banyak di sekitar bukit Mentagur dalam Kem....memang teruja sangat bila jumpa buah tu....rasanya manis-manis dan biji dia keras dan kecil macam lada hitam...

Best memang best sebab first time pergi tasik kenyir....free pula tu...tapi yang tak bestnya, seminggu saya deman, selsema, batuk...ni kepala masih pusing lagi....cuma dah kurang sikit....bukan saya seorang, dengarnya ramai yang sakit lepas balik....


3 comments:

Daddy Ziyyad said...

Subhanallah..cantiknya...
Saya akan catat Lake Kenyir ni sebagai tempat wajib kunjung...ada tak gambar2 dalam resort nya?

Daddy Ziyyad said...
This comment has been removed by the author.
nazli said...

Memang cantik Daddy Ziyyad...saya memang teruja....memang tempat wajib untuk dilawati...gambar dlm resort tak banyak yg saya ambil sbb sibuk berkursus....