Wednesday, November 2, 2011

BBQ bersama PM

Hari ahad yang lepas kami ke Burswood kerana ada BBQ bersama PM sempena lawatan beliau di Perth bagi menghadiri COGHM. Kami pergi agak awal kerana nak mengelakkan kesukaran mendapatkan parking. Kami sampai sejam lebih awal daripada majlis, jadi kami merayau-rayau dahulu di sekitar Burswood.



Main guli tengah panas

Memerhatikan PM dari jauh
PM datang agak lambat, dalam pukul 2 lebih. Tidak seperti kebanyakan orang ramai yang mengerumuni pondok utama, saya hanya memerhatikan PM dari jauh. Nasi lemak yang disediakan memang hampeh, nasib baik BBQ daging, ayam dan sosej menyelamatkan majlis. Sistem kupon digunakan untuk mengambil makanan, tapi agak lucu apabila kupon hanya diminta untuk mengambil nasi, tapi tidak pula untuk mengambil bbq. Jadi saya tambah 2 kali mengambil daging bbq.

2 comments:

Dr Singa said...

HOH!!

budak debab itu sudah besarrrr!!!

nazli said...

Sudah besar dan masih debab...