Sunday, September 11, 2011

Raya di Perantauan: Hari ke......

Hari ni kami ke Wilson Park memenuhi undangan beberapa rakan yang membuat "open house" secara berkumpulan....tapi lebih tepat dipanggil "open taman" kot sebab jamuan raya diadakan di taman...

Ni je la gambar yang saya ambil tu pun masa nak balik dah...
Menu apa yang best....sup kambing...tiga kali saya tambah....

Lepas zohor, kami beraya di rumah rakan sehobi saya, orang Kuantan yang dah berbelas tahun tinggal di Perth...dah jadi PR sini...dan kawin orang sini...

Tuan rumah yang berdiri antara Long dan wife...
Tuan rumah, Zam, berdiri di depan yang berbaju putih petak-petak 
Rumah dia memang cantik...setakat ni, paling cantik yang pernah saya masuk sepanjang di Perth...sebelum balik, saya minta salinan pelan rumah dia...Dia janji nak bagi saya sebelum saya balik Malaysia...mana tahu, ada rezeki boleh buat rumah sebiji macam tu kat Terengganu nanti..

Topik paling hangat dibualkan sepanjang di rumah Zam, tentunya pasal gambar mereka (Zam, Anzi dan Jo) yang keluar paper Malaysia...Anzi (orang sri Langka berkahwin dengan Melayu Perth yang berasal daripada Penang) siap cakap, wife dia ambil tiket flight balik ke Malaysia semata-mata nak beli paper di airport, lepas tu balik semula ke Perth...Ye la, bukan senang nak keluar muka dalam paper...lebih-lebih paper Malaysia...



P/s: seperti biasa, kalau aktiviti makan-makan memang kurang saya nak ambil gambar...makan first, photo second...

3 comments:

marinahunny said...

cantiknye pokok bunga merah tu...dr jauh nmpak mcm ekor kucing..

Dr K said...

haha...patutnya suruh sedara kat malaysia belikan aja paper tu, lepas tu pos ke Perth..ekekeke

nazli said...

marinahunny: mula-mula sampai dulu, bila tengok pokok tu teringat pokok rambutan...dari jauh, merah macam buah rambutan...

Daddy Ziyyad: itu pun diorang buat...saya pun buat...dah siap suruh kaum kerabat kat Malaysia beli dan simpan..ha..ha..ha..