Thursday, September 15, 2011

Pejuang bangsa

"Pejuang bangsa walaupun dalam keadaan menentang penjajah, tidak akan sekali-kali membunuh, mencedera atau menyiksakan anak bangsa mereka sendiri. Apakah pejuang yang membunuh anak bangsa sendiri dan bersetongkol dengan fahaman yang menolak Islam itu adalah pejuang bangsa?"(Kicdefella).



Ni saya tambah....

"Perjuangan menentang penjajah yang membunuh, mencedera, menyiksakan anak bangsa mereka sendiri dan menolak Islam adalah PEJUANGAN BANGSAT!"

Mana mungkin saya mengiktiraf "komunis" adalah pejuang kemerdekaan bila mana mereka hanya meletakkan senjata pada tahun 1989, SELEPAS 32 TAHUN NEGARA MERDEKA...

Jika benar mereka jujur dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, sewajarnya mereka meletakkan senjata sejurus sahaja Tanah Melayu merdeka, dan bukannya apabila sudah tersepit dan ideologi mereka tidak diterima...nampak sangat perjuangan mereka adalah untuk mewujudkan negara komunis di Tanah Melayu....

Lebih sedih apabila ada orang-orang yang mengaku lebih islam daripada orang islam lain menjilat ideologi tidak beragama ini....

Tidak bolehkan kita semua sesama islam bersatu menentang ideologi tidak beragama ini atas nama ISLAM?

1 comment:

Dr K said...

well said bro! well said.