Tuesday, September 27, 2011

Konvo kawan

Ahad lepas, saya diminta oleh rakan supaya mengambil gambar beliau dan isterinya semasa bergraduat...

Dua tahun lepas saya tak pernah masuk majlis konvo walaupun diajak...bukan apa, sebelum menyambung pengajian, setiap tahun saya perlu memasuki dewan konvo...memang membosankan...

Unik konvo di sini...protokol tak berbelit macam di Malaysia...pegawai utama yang berucap pun pendek sahaja...

Yang paling best, apabila pelajar mengambil sijil, saudara-mara dan rakan-rakan akan bersorak-sorak dari bawah...kalau puak-puak "itam", mereka akan buat bunyi-bunyian pelik-pelik...

Para pelajar juga ada yang sengaja berjalan macam model dan ada yang bersalam ala-ala rappers gitu dengan VC...yang bestnya, VC pun agak sporting dan bersalam ala-ala rappers juga...

Di akhir majlis, kalau di Malaysia, tetamu kehormat yang duduk di atas pentas akan beredar dengan penuh protokol...di sini, mereka yang duduk di atas pentas akan membaling reben-reben berwarna-warni ke arah pelajar dan ibu-bapa...memang ceria...


Suami isteri konvo serentak...


       

4 comments:

Dr K said...

saya harap hasil tulisan awak ni di baca oleh VC semua public university di Malaysia! haha

Nadiah Sidek said...

kat malaysia memang kuat protokol. rimas juga terikat dengan macam2 protokol

nazli said...

Daddy Ziyyad: tunggu saya jadi VC la...

Nadiah: kalau jadi pegawai akademik kat Msia, perkara paling bosan bila konvo sebab setiap tahun kena masuk dewan konvo..

Dr. Bentara said...

tak larat dah konvo... tiap2 tahun kena hadir konvo ;)