Tuesday, August 30, 2011

Ye...ye...esok raya...

Tahun ni raya kat Perth pelik sikit....ada yang raya hari ini...ada yang raya esok...

Saya dan rakan-rakan yang tinggal dekat dengan uni akan beraya esok memandangkan masjid terdekat dengan rumah kami mengisytiharkan raya hari rabu...

Penentuan raya kat sini memang bermasalah...ada yang ikut persatuan/pertubuhan tertentu dalam penentuan raya...tapi bagi saya, memandangkan tiada pihak yang benar-benar berautoriti yang diakui oleh semua masjid di Australia, maka cara mudah adalah dengan berdasarkan masjid di kariah kita....takkan nak ikut pertubuhan yang mengistiharkan raya hari selasa tetapi masjid di sebelah rumah bersembahyang raya hari rabu...

Apa-apa pun...esok raya....paling seronok Long dan Ngah...

Malam ni mereka bermain bunga api...dah beberapa malam dah mereka minta nak main...cuba saya agak letih nak melayan...

Mana saya dapat bunga api tu? Saya tak beli...kawan di sini bagi dari tahun 2009 lagi...tak habis-habis sebab banyak sangat...itu pun dah diagih-agih kepada kawan-kawan lain...















2 comments:

marinahunny said...

salam aidilfitri buat anda sekeluarga..nt dh balik m'sia psti teringat kenanganbetraya di tempat org..

kirim salam aidilfitri buat hamizah ye ;)

nazli said...

confirm akan teringat punya sebab raya yang paling tak best...dan ni tahun ketiga saya tidak berbaju melayu...ha..ha..ha...